“
MIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
“ Yess…. Ada ape……”
Waktu itu para pelajar baru
sahaja selesai makan tengahari. Dura yang kekenyangan langsung tidur selepas
menunaikan solat Zohor sementara Mir pula sedang bersiap – siap untuk mandi apabila
rakan sekelas Mir, Faisya datang menerjah ke bilik mereka. Dura yang terkejut
dengan kedatangan tiba – tiba itu terus tersedar dari lenanya, terpegun di atas
katil. Dalam mamainya dia melihat Faisya berdiri di muka pintu dengan muka yang
merah padam, tanda amarah yang amat sangat.
“ Mir!!!!! Aku geram!! Aku geram
sangat – sangat!!!!!”
“ Yee, kau geram. Kenapa??”
Faisya menghempaskan punggung di
atas katil Dura, lantas memeluk erat gadis itu yang masih separuh sedar.
Mulutnya tak habis – habis mengomel, marahkan sesuatu. Melihatkan keadaan
rakannya itu, Mir membatalkan hasrat asalnya lalu duduk di atas katil, menghadap
mereka berdua. Selepas menghembuskan nafas berat, Faisya membuka bicara.
“ Jantan keparat tu ha!! Tadi aku
tertinggal buku lukisan aku kat dalam kelas, bila aku datang nak ambik balik
tengok – tengok dia tengah belek sambil gelak Mir!! Dia gelakkan lukisan aku,
siap kutuk – kutuk lagi!! Dia kata budak sekolah rendah pun boleh lukis lagi
lawa pada aku!! Argh!!! Tahulah dia tu hebat, menang anugerah, tapi tak
payahlah sampai nak kutuk – kutuk orang!!!!!!!”
“ Jantan keparat mana pulak ni…”
“ Si Fairuz tulah, siapa
lagi!!!!”
Mendengarkan nama itu, Mir
menggeleng kepala, dapat menghidu satu lagi masalah. Fairuz Azhar, antara
profil tersohor di sekolah mereka kerana kepintarannya, bakat geniusnya dalam
lukisan, kehandalannya bermain bola keranjang, dan kenakalannya. Dia selalu
menjadi pencetus masalah dengan rekod disiplin yang bertimbun namun pihak
sekolah tidak mampu mengenakan apa – apa tindakan yang berat kerana dia antara
penyumbang kepada nama baik sekolah dengan anugerah dan kemenangan dalam bidang
lukisan. Dia dikatakan diburu banyak universiti seni untuk diserap sebagai
bintang baru yang semakin bersinar dalam bidang ini. Dan atas sebab – sebab
tertentu, perhubungan antara jejaka tersebut dengan Faisya kurang baik,
bagaikan anjing dan kucing walaupun mereka sekelas.
“ Setahu aku dia tu bukan tak
pedulikan perempuan ke… Kau ada sakitkan hati dia kot…”
“ Mane ade!!! Takde masa aku nak
layan orang macam tu! Dia yang mula – mula datang kat aku. Dia gelarkan aku
‘alien dari planet kesembilan’ tau tak! Depan – depan muka aku pulak tu, kurang
ajar betul! Hua!!!”
“ Ye, ye. Aku faham kau tengah
geram sekarang, tapi baik kau lepaskan dulu Dura tu, dan biru dah muka dia tu.”
“ Eh? Ah! Dura, sorry!! Wah!!!”
Sementara Dura yang tidak
bersalah pula termengah – mengah mencari nafas dek kerana dicekik dan digoncang
– goncang Faisya yang tenggelam dalam amarahnya.
*************************************************************************************
Fairuz
menggaru – garu kepala dan berdengus kasar, memandang lakaran potret di
hadapannya. Kenapa, kenapa aku asyik
ingatkan dia?? Apa yang tak kena dengan aku?? ARGHH!!! Dia menghempaskan
buku lukisannya ke atas meja, lantas membuang pandang ke luar tingkap bilik
seni. Semenjak bertentang mata dengan gadis itu buat pertama kali dia datang
belajar di sekolah ini, tubuhnya bagai terkena renjatan elektrik. Hatinya
berdegup kencang, menggila setiap kali dia berselisih dengannya. Dan, bagaikan
dirasuk difikirannya penuh dengan kelibat wajah itu. Renungannya mampu
membuatkan Fairuz jadi tak tentu arah, haru – biru. Akibatnya semua yang Fairuz
buat tak menjadi, ada saja yang tak kena. Begitu juga dengan hasil kerjanya.
Berakhir dengan lakaran wajah itu. Setiap
satu daripadanya akan berakhir dengan lakaran wajah gadis itu.
“ Woi.”
Sergahan itu mengejutkan Fairuz
daripada lamunannya. Di muka pintu, kelihatan Mir berdiri dengan memegang berus
lukisan di tangannya. Baru Fairuz tersedar, berus yang berada di tangan tadi
sudah lesap.
“ Agak – agak la nak mengamuk
pun. Ingat sikit orang lalu kat bawah tu.”
“ Sori beb. Aku betul tak perasan
aku tercampak tadi, sori la.”
Mir mengeluh, menyerahkan kembali
berus kepadanya. Langsung ternampak potret yang dilakar Fairuz. Menyedari hal
itu, Fairuz kelam – kabut menyembunyikan buku lukisannya. Mir hanya tersenyum
sambil mengangkat kening.
“ Cantik lukisan kau.”
“ Diamlah! Kau, kau jangan nak
sibuklah!”
“ Amboi, garangnya. Sorilah, tapi
aku tak berminat nak jaga tepi kain orang.”
Seraya itu Mir mengatur langkah
menuju ke muka pintu, namun berhenti tiba – tiba, berpaling menghadap muka
Fairuz,
“ Tapi kau patut tengok muka kau
tu kat cermin, kawan. Macam ikan kena panggang!” dan kembali meneruskan langkah.
Fairuz terpempan mendengar ayat
Mir itu. Matanya terkebil – kebil, pipinya terasa membahang panas. Hatinya
haru. Nampaknya Mir telah mengetahui
rahsianya…. Dan itulah perkara yang paling ditakuti Fairuz. Mir baginya
bukan remaja biasa. Walaupun mereka satu kelas, gadis itu jauh lebih matang
dari rakan – rakan seusia. Kehebatannya dalam bidang akademik bukanlah sesuatu
yang menghairankan, namun yang lebih penting dari itu, Mir memiliki tarikan
semula jadi yang membuatkan dia dihormati dan dikagumi oleh semua orang,
walaupun pada kebiasaannya dia bersikap selamba. Pertama kali Fairuz
mengenalinya, gadis itu bagaikan dapat membaca segala apa yang bermain di
fikiran pemuda itu. Fairuz sudah biasa bergaul dalam golongan sosial yang elit
dan mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, namun gadis itu mempunyai sesuatu
yang tidak dimiliki oleh sesiapa. Seorang yang misteri… dan sangat hebat. Sekarang
gadis itu sudah mengetahui rahsia yang kemas disimpannya selama ini… habislah….
************************************************************************************
“ Woi alien dari planet
kesembilan!”
Faisya mengetap bibir. Bangsat ni lagi…….. Apalah yang dia nak pagi
– pagi buta ni… Cari pasal betullah….. Faisya menggumam sendiri. Dengan
berat hati, dia berpaling ke belakang. Itu dia…. Musuh ketatnya berdiri
mencekak pinggang sambil merenung tajam ke arahnya. Berkerut dahi Faisya,
sedaya upaya cuba mengawal kemarahan.
“ Ye, ada apa?”
“ Cikgu Ramlah nak senarai alat
lukisan yang kita perlukan untuk hari kebudayaan! Pastikan kau bagi kat dia
hari ni jugak!”
“ Excuse me, apahal aku pulak yang kene buat?? Ape, dahi aku ni ada
tertulis perkataan ‘kuli’ ke??”
“ Ahh, tak payah tulis, muka kau
tu memang dah muka kuli pun!” Fairuz tersenyum menyidir. Mata Faisya terbeliak.
Sabar.. Sabar….
“ Ewah – ewah takde insuran
nampak mulut kau… Ok, ape sebab aku yang kene buat benda alah ni? Tak boleh ke
suruh sapa – sapa yang free? Kau pun
tahu kita ada amali kat makmal kimia sampai pukul 3 petang ni? Mana sempat nak
siapkan senarai tu!”
“ Ahh, leceh la nak kene pegi
carik budak – budak tu pulak! Alang – alang kau ada ni buat je la! Senang je
tu, banyak cekadak pulak minah alien ni!”
“ Woi badak sumbu tercabut ekor!
Senang kepala lutut engkau! Kau ingat alat – alat tu ada berapa banyak aa??
Kalau senang sangat try la kau buat
sendiri! Ni pehal, nak arah – arah orang pulak! Dasar gila kuasa!”
“ Lantak aku la nak gila kuasa
ke, gila harta ke, gila talak ke! Dah memang aku ada kuasa, gunalah! Sekurang –
kurangnya aku taklah suka ponteng aktiviti kelab macam seseorang tu!”
Urk.. Tajam sekali terasa sindiran
pemuda itu. Memang Faisya akui, walaupun dia amat menyukai seni lukisan, namun
baginya waktu ajaran asas seni bagaikan ceramah perdana yang amat membosankan,
mampu membuatkan dia tertidur. Ditambah lagi dengan kehadiran seteru ketatnya
yang merupakan presiden Kelab Seni Lukisan yang dianggotainya. Oleh sebab itu
Faisya sentiasa mencari jalan untuk mengelak daripada menghadiri aktiviti kelab
kecuali waktu amali lukisan. Melihatkan Faisya yang terdiam Fairuz langsung
berkata,
“ Patutnya kau bersyukur la aku
bagi peluang kau tebus ketidakhadiran kau yang menimbun tu! Ke kau nak aku
buang je kau terus dari kelab? Kalau tak nak jangan nak banyak songeh, buat je
la orang dah suruh tu!”
Faisya mengetap bibir, tak mampu
melawan kata – kata wajah tampan dihadapannya itu. Huh, tampan la sangat… Aku tampar kang baru tahu langit tu tinggi ke
rendah… Selamba badak dia jek panggil orang alien… aku buat muka kau tu betul –
betul jadi muka alien baru kau tau! Faisya menggumam sambil meramas jari.
“ Tak payah la kau nak mimpi nak
buat muka aku jadi macam alien… Aku terlalu kacak untuk tu.”
Faisya terasa mahu muntah di situ
juga mendengarkan ayat yang keluar dari mulut pemuda itu.
“ Ehh, dengar pulak kau ye?
Ingatkan pekak, badak la katakan…”
“ Jangan risau, aku sihat
walafiat lagi cik alien dari planet kesembilan oii. Tapi aku bimbang la dengan
kau, sini kan lain dengan tempat kelahiran kau, takut la kau tak boleh
sesuaikan diri pulak.”
“ Ohoho, tak perlu nak susah –
susah risaukan aku wahai encik badak sumbu. Kau patut risaukan diri kau tu
dulu, yalah kat sini kan lain gile dengan habitat asal kau. Tiba – tiba dehydration kang sape nak tanggung…”
Senyum kambing Fairuz sudah
bertukar kelat. Ketapan bibir Faisya sudah bertambah ketat. Amarah masing –
masing sudah pecah. Sabar masing – masing sudah punah. Fairuz memandang Faisya
tajam. Faisya membalas renungan Fairuz geram. Masing – masing tidak mahu
mengalah. Fairuz sudah membuka mulut untuk menghambur kata seterusnya….
“ Yang kamu berdua tercegat kat
situ macam ayam sabung tu kenapa? Masuk kelas cepat! Loceng dah berbunyi tu!”
Jeritan Cikgu Kamisah dari pintu
kelas mereka mematikan kata – kata Fairuz. Mereka saling berbalas jelingan tajam
sambil masing – masing menghentak kaki menuju ke kelas. Cikgu Kamisah
menggeleng. Dia sudah masak benar dengan perangai budak berdua itu. Ada saja
yang mahu digaduhkan. Tidak mahu bertolak ansur langsung, tak mahu beralah.
Sudah puas dia menegur tapi masih begitu juga sikap mereka. Hendak dimarahi
atau dikenakan tindakan, mereka hanya setakat berperang mulut, tidak lebih dari
itu. Sudahnya Cikgu Kamisah mati akal, tidak tahu mahu buat bagaimana lagi.
*************************************************************************************
“ Waa!!! Bile nak habis
ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Faisya menggenggam berus lukisan ketat,
diikutkan hati mahu saja dipatah – patahkan berus lukisan itu.
Berakhir saja waktu amali sains
pada pukul 3 petang, Faisya terpaksa bergegas ke bilik kelab untuk melaksanakan
‘arahan mandatori’ Fairuz. Sempat pemuda itu menjeling tajam waktu mereka
berselisih di pintu makmal kerana melihatkan Faisya yang keberatan mahu pergi
ke kelab, lambat – lambat menyeret kakinya. Teringin juga Faisya menyuarakan
bantahan namun apabila teringat ugutan Fairuz yang mahu membuangnya dari kelab,
lidah Faisya serta – merta mati. Dia amat sayangkan kelab tersebut walaupun
terpaksa menahan amarahnya dengan presidennya itu. Guru penasihat mereka memang
menggemari Fairuz, jadi suara pemuda itu laku jika nak dibandingkan dengan
suara ahli biasa sepertinya. Hai, nasib
badan…. Tanpa disedari Faisya, gelagatnya diam – diam diperhatikan oleh
sesusuk tubuh yang dari tadi berdiri di depan pintu….
“ Woi.”
Aduh, macam kenal jek suara macho ala – ala Brad Pitt sakit tekak
tu… Dengan berat hati, Faisya berpaling ke
belakang. Sambil bercekak pinggang dan seperti biasa tanpa secalit senyuman
pun, Fairuz melangkah masuk mendekati gadis itu yang sedang duduk bercanggung
di hadapan himpunan kanvas lukisan. Faisya kaget, langsung segera berdiri.
“ Mane senarai tu? Cikgu da
bising da tu! Kau ni, benda macam tu pun susah ke nak buat? Lembab betullah!”
“ Oit sedara, cakap tu baik –
baik sikit ye. Kau ingat aku buat apa dari tadi, menari?? Senang kepala lutut
kau!! Kalau macam makan kacang takpe jugak, ini macam nak telan ikan paus tau
tak!! Kau ingat barang dalam bilik ni ade berapa banyak nak periksa semua??
Matilah aku nak buat sorang – sorang!”
“ Ahh, elok jek kau tercongok kat
situ tak mati pun. Ni la perempuan, komplen banyak, keje tak siap jugak! Dah,
bak sini aku tengok banyak mane lagi nak kira!”
Sambil mencebik bibir, Faisya menyerahkan
senarai tersebut. Fairuz melihatnya sambil mengerutkan dahi.
“ Baru banyak ni jek? Tak sampai
separuh pun.”
“ Susah la, alat semua bersepah
sana – sini, kena kumpul dulu baru boleh kira. Terima kasih la pada seseorang
tu sebab tak reti – reti nak kemas lepas guna….”
Fairuz tersedak. Terasa betul
dengan sindiran tajam Faisya. Memang itu tabiat buruk Fairuz sejak dulu lagi,
tidak suka mengemaskan barang – barang yang telah digunakannya. Dan tabiat itu
bukan hanya tertumpu pada alatan melukis, malah pakaian, tempat tidur dan
sebagainya. Fairuz berdehem kecil. Tidak mampu membalas sindiran gadis tersebut
kerana apa yang dikatakannya adalah benar. Sudahnya Fairuz mengerling ke arah
jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. Cikgu Ramlah bersetuju
untuk menunggu hingga pukul 5 petang. Mereka tak ada masa yang banyak. Fairuz
mengangkat muka, memandang gadis itu.
“ Dah, aku periksa yang belah
sini. Kau habiskan yang belah sana. Kalau nak harapkan kau memang sampai esok
la tak siap jawabnya.”
Selesai berkata – kata Fairuz
menghulurkan kembali senarai tersebut kepada Faisya lalu beransur memulakan
kerja. Faisya terpegun. Aik, tersampuk
hantu Kak Limah ke apa mamat ni? Rajin pulak nak tolong aku?? Melihatkan
Faisya yang masih terkebil – kebil tidak berganjak dari tempatnya berdiri tadi,
Fairuz berdehem keras. Tersentak, Faisya bergegas menyambung kerjanya mengira
kanvas lukisan. Sedang asyik mereka melakukan tugas masing – masing, mata
Faisya menangkap kelibat sesuatu bergerak – gerak di sebalik susunan kotak –
kotak peralatan yang berhampiran dengannya. Curiga, gadis itu menguit susunan
kotak itu dengan kakinya. Tiba – tiba, satu kelibat tubuh kecil pantas keluar
dari celah kotak, menerpa ke arah Faisya.
“ MAKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
TIKUS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Dek kerana terlalu terkejut,
Faisya terdorong ke belakang, melanggar rak barang – barang simpanan. Malang
tak berbau, rempuhan kuat itu menyebabkan kotak – kotak yang terletak di kepala
rak bergegar lantas menjunam laju….
“FAISYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
*************************************************************************************
“ Kau tak apa – apa?”
Saat itu mereka berada di lobi
hospital. Kerana mahu melindungi Faisya, Fairuz bertindak menghadang kotak –
kotak berisi barangan berat daripada menghempap gadis itu dengan badannya.
Namun malang tidak berbau apabila salah satu kotak yang jatuh itu menghantuk
kepala Fairuz menyebabkan pemuda itu tidak sedarkan diri. Kepalanya turut
mengalami pendarahan teruk. Mujur sewaktu kejadian tersebut berlaku, Cikgu
Ramlah telah berada dekat dengan bilik kelab, berniat mahu memantau pelajar –
pelajarnya. Sewaktu Faisya dan Cikgu Ramlah kelam – kabut cuba menyedarkan
Fairuz yang langsung tidak bergerak, Mir dan Dura terpancul di depan pintu
kelab. Mereka berdua sedang melalui koridor itu dalam perjalanan balik dari
mengambil buku Dura yang tertinggal apabila mereka mendengar bunyi dentuman
yang kuat dari arah bilik kelab. Sudahnya mereka mengambil keputusan untuk
terus ke hospital dengan SUV Cikgu Ramlah. Fairuz dipapah dengan bantuan Is dan
Airil, bendahari exco tertinggi. Sementara Dura dan Mir pula membantu Faisya
yang tercedera di lutut kerana bergesel dengan lantai.
“ Doktor kata tadi luka sikit je
kat lutut dengan tapak tangan sebab bergesel dengan lantai, tak teruk mana pun.
Dia dah bagi ubat dah,” Faisya menjawab pertanyaan Mir lemah.
“ Tapi muka kau pucat sangat ni,
betul ke takde apa – apa?” Kali ini giliran Dura pula bertanya, bimbang. Faisya
mengangkat muka memandang Dura, cuba membuka mulut namun akhirnya dia tertunduk
kembali. Gadis itu menggenggam erat kedua belah tangannya, menggeletar. Dura
yang kasihan melihat keadaan gadis itu, memeluk bahunya lembut. Mir mengambil
tempat di sebelah Faisya. Mereka diam selama beberapa minit. Mir mengerling
tompok darah di uniform dan tudung Faisya. Pasti terkena sewaktu pemuda itu
melindunginya…
“ Semuanya salah aku. Kalau tak
sebab aku langgar rak tu mesti tak jadi macam ni….” Faisya menggumam perlahan.
“ Sabarlah Sya. Dah benda nak
jadi, nak buat macam mana. Bukan kau sengaja nak langgar rak tu pun.” Dura
bersuara memujuk.
“ Tapi, tapi macam mana kalau dia
kena teruk? Macam, macam mana kalau dia tak sedar sampai, sampai….”, Faisya
tidak mampu menyambung kata – katanya.
“ Hish, jangan nak mengarutlah!
InsyaAllah takde apa – apanya! Kita tak tau lagi macam mana, janganlah cepat
nak putus asa!” Dura memegang tangan Faisya, memberi semangat. Mir yang dari
tadi mendiamkan diri sambil memerhatikan mereka, menepuk bahu Faisya beberapa
kali. Faisya mengangkat muka merenung Mir.
“ … Kalau kau ada kat tempat dia,
kau rasa semua tu salah dia ke?” Faisya terpaku. Lama dia menunduk, kemudian
menggelengkan kepala. Mir menarik nafas.
“ Kalau kau pun yang jadi dia
tadi, kau akan buat benda yang sama?” Faisya mengangguk perlahan.
“… Jadi kau rasa dia gembira ke
tengok kau macam ni?” Mir merenung ke arah Faisya. Mata gadis itu bergenang,
dia mengetap bibir kuat.
“ …. Tak…” Faisya menjawab,
suaranya tertahan – tahan.
Mir menghela nafas panjang.
Diseluk kocek seluarnya, menghulurkan sehelai sapu tangan.
“ Kalau kau rasa nak mengangis,
menangis je la. Tak ada orang yang marah pun kalau kau rasa takut. Tapi sia –
sia sajalah dia jadi macam tu sebab nak selamatkan kau kalau kau asyik nak
salahkan diri. Lepaskan apa yang kau rasa sekarang, takdelah kau malu nak jumpa
dia nanti…”
Mendengarkan kata – kata Mir,
Faisya tidak mampu mengawal emosinya lagi. Air matanya jatuh bercucuran tanpa
mampu ditahan. Dia menangis teresak – esak bagaikan anak kecil dalam pelukan
Dura…
**********************************************************************************
“ Macam mana kamu rasa sekarang? Masih sakit
lagi?”
Sebaik mendengar khabar daripada
jururawat yang bertugas bahawa Fairuz telah sedar dari pengsan, mereka semua
bergegas ke wad di mana Fairuz ditempatkan. Menurut doktor yang merawatnya,
Fairuz mengalami luka akibat terkena objek tajam di kepala dan terpaksa
dijahit. Selain daripada itu, dia turut mengalami lebam dan luka – luka kecil
di serata badan. Pemuda itu akan ditahan di hospital selama beberapa hari
sebelum dibenarkan pulang kerana menurut kata doktor, dia mahu Fairuz menjalani
ujian lanjut bagi memastikan pemuda itu tidak mengalami pendarahan dalaman di
kepalanya. Faisya, saat mendengar perkhabaran tersebut, menarik nafas lega.
Sekurang – kurangnya buat masa sekarang, keadaan Fairuz disahkan selamat, ujian
lanjut dilakukan sebagai langkah berjaga – jaga.
“ Sikit je la, pening sikit. Tapi
takdelah rase sakit ke ape cikgu.” Fairuz menjawab pertanyaan Cikgu Ramlah
sambil memegang kepalanya yang terasa berdenyut – denyut. Perkara terakhir yang
diingatinya adalah sewaktu dia melindungi Faisya daripada dihempap sebuah kotak
besar sebelum pandangannya menjadi gelap. Apabila dia membuka mata, pemuda itu
mendapati dirinya sedang terlantar di katil hospital dengan kepala berbalut.
“ Alhamdulillah… Hai kamu ni,
nasib baik tak sakit jantung saya tadi. Kalau lah berlaku apa – apa macam mana
saya nak jawab kat mak ayah kamu nanti….” Cikgu Ramlah menggeleng – geleng
kepala. Hanya tuhan sahaja yang tahu apa perasaan guru tersebut saat melihat
pelajarnya terbaring tidak sedarkan diri di hadapan matanya dengan kepala
berlumuran darah. Mujur para pelajarnya yang lain segera datang membantu, jika
tidak dia sendiri pun tidak pasti dirinya mampu mengawal emosi saat itu.
“ Haha, minta maaf la cikgu, saya
pun tak sangka sampai boleh masuk hospital pulak, haha…” Fairuz tersengih
menunjukkan gigi, cuba untuk tidak mengendahkan kepalanya yang sebenarnya masih
pening dan berdenyut.
“ Hish budak ni, main - main
pulak dia! Cikgu serius ni! Kesian si Faisya tu, sampai menangis risaukan kamu
tau!” Marah Cikgu Ramlah, tidak senang dengan reaksi bersahaja pemuda itu.
Mendengarkan kata – kata gurunya
itu, Fairuz terdiam. Menangis?.... Sementara di luar bilik wad, Faisya
asyik terjenguk – jenguk ke dalam, ragu – ragu untuk masuk. Dura berusaha
memujuknya, namun Faisya enggan berganjak, masih takut – takut di situ.
Sudahnya Dura menjeling pandang ke arah Mir yang hanya menjungkit bahu.
“ Ha, yang kamu bertiga berkumpul
di luar tu buat apa? Mari masuk, Fairuz dah sedar ni!” Terpelangah Faisya
mendengar suara nyaring Cikgu Ramlah, langsung merah pipinya apabila menyedari
dirinya ditatap mereka yang berada di dalam bilik wad. Bagaikan anak kecil, dia
menunduk malu sambil menarik hujung lengan uniform Dura, meminta ditemani
masuk. Mir yang mengikut dari belakang ketawa kecil melihat telatah gadis itu
terlalu gugup.
Faisya pula merasakan mahu
mencari lubang bersembunyi apabila menyedari pergerakannya ditenung Fairuz
rapi. Lemah lututnya mahu melangkah mendepani Fairuz, namun digagahi jua
memandangkan Cikgu Ramlah sudah menarik lengannya. Kelu lidahnya mahu
memutarkan kata, ditambah lagi dengan perlakuan Fairuz yang dai tadi hanya diam
merenungnya. Ish… Mamat ni apahal dari tadi asyik tengok aku…. Ke kepala die
dah tak betul kena hempap dengan kotak tu? Alahai, cikgu ni pun satu, tak
memahami jiwa betul lah…… Faisya menggumam sendiri.
“ Yang kamu berdua ni senyap
sunyi macam radio mati ni kenapa? Faisya, kamu takde apa – apa ke yang nak
dicakapkan pada si Fairuz ni??” Cikgu Ramlah bersuara memecah kesunyian.
“ H, Ha? Errr….. S, Saya….. Err….
Emmm….. S, Saya…..” Mulutnya terkumat – kumit namun tiada suara yang keluar.
Tunduknya bagai mahu mencium lantai, tidak berani mengangkat muka. Faisya dapat
merasakan mukanya panas membahang.
Melihatkan keadaan itu, Is
membuka mulut. “ Agaknya dia malu nak cakap depan ramai – ramai ni. Apa kata
kita biarkan mereka dulu cikgu, kita tunggu di luar.”
“ Hmm, betul jugak tu. Kalau
asyik macam ni, tak balik la jawabnya kita. Hari dah lewat petang ni. Ha, kamu
berdua saya tinggalkan ni jangan ke lain pulak ceritanya, selesaikan elok –
elok. Faisya jangan lupa ucap terima kasih kat si Fairuz ni.” Lantas dengan
pesanan itu, yang lainnya langsung keluar dari wad, meninggalkan mereka berdua.
Faisya berusaha meminta Dura dan Mir tinggal menemankannya, namun mereka enggan
berbuat demikian. Bagi mereka Faisya perlu berbicara sendirian dengan Fairuz
agar si pemuda itu dapat meluahkan apa yang difikirannya juga.
Fairuz menghantar guru dan rakan
– rakannya keluar dengan ekor matanya hingga mereka hilang di sebalik pintu
sebelum kembali menatap Faisya yang masih menunduk memandang lantai. Dia dapat
melihat mata Faisya masih merah kesan tangis, tanda Faisya benar mengalirkan
air mata seperti mana yang dikhabarkan gurunya. Hati lelakinya terusik, selama
ini belum pernah ada sesiapa yang merisaukan dirinya hingga sebegitu rupa
melainkan ibunya.
“ Kau tak apa – apa?” Tersentak
Faisya mendengar suara Fairuz yang lain daripada biasa. Lembut dan sopan.
Selama ini setiap kali mereka bergaduh hanya nada kasar dan tajam menyindir
yang keluar dari kotak suara pemuda itu. Cuba mencuri pandang wajah Fairuz,
Faisya mengangkat sedikit mukanya ke hadapan. Tersentak dia tatkala matanya
tepat – tepat bertembung dengan mata Fairuz, terus dia menunduk kembali dengan
muka merah padam.
“ Saya ok. “ Kecil sahaja suara
Faisya membalas pertanyaan Fairuz.
“ Tangan tu kenapa? “ Sekali
lagi, Fairuz melontarkan pertanyaan.
“ Calar sikit, bergesel dengan
lantai. “ Kaki Faisya menguis lantai, sambil meramas tangannya kasar. Nyata dia
resah dengan keadaan ketika itu. Fairuz pula, kembali diam setelah soalannya
langsai dijawab Faisya. Suasana hening seketika.
Ughh, ape aku ni, cepat la mintak maaf dengan ucap terima kasih,
tunggu apa lagi?? Ish mulut, bergerak la cepat! Faisya, beranikan diri kau tu!
Cepat! Faisya bermonolog dengan dirinya, cuba
mencari keberanian untuk bersuara. Faisya mengangkat muka. Serentak, mata
mereka bertaut. Fairuz memandang diam tanpa berkata. Faisya menarik nafas dalam
– dalam, dia mula berbicara…..
**********************************************************************************
Dura menekan punat mesin minuman,
sambil mengeluh kecil. Bagai mahu pitam rasanya Dura pabila menyedari Is asyik
merenungnya tajam dari mulai mereka menuju ke hospital. Puas Dura berpaling
muka namun aura renungan jejaka itu dapat dirasai hingga ke temulang, menggigil
Dura. Ughh, orang lain dengan awek bukan
main romantik lagi, cakap manis, lembut. Ni gaya macam sarjan misai nak
tempeleng perompak bank jek. Macam nak makan aku… Tanpa gadis itu sedari, sesusuk
tubuh menyusup merapatinya dari belakang. Selepas mengambil tin minuman, Dura
berpaling untuk kembali ke tempat mereka berkumpul namun ..
“ Makk!!” Dura terdorong ke
belakang hingga melanggar mesin minuman. Terbeliak mata Dura apabila melihat Is
berdiri sambil memandangnya tepat. Dura cuba melarikan diri namun jalan
keluarnya pantas disekat. Terperangkap dia sekarang di hadapan lelaki itu.
“ Is, tepilah. Saya nak lalu. “
Niat hati mahu sahaja Dura menghambur nada tinggi kepada Is, namun pandangan Is
yang mencerlung memadam terus semangatnya. Tunduk Dura rendah sambil memegang
erat tin minuman dengan kedua belah tangan.
“ Lalulah, jalan ni bukan aku
punya pun. “ Is berkata selamba. Namun bertentangan dengan kata – katanya, Is
mara makin rapat, sengaja menyekat langkah Dura. Dura cuba ke kiri, Is ke kiri.
Dura cuba ke kanan, Is ke kanan. Mata Dura mula berair, sedaya upaya ditahan. Sesaat
itu juga pipinya memerah dan gigilan badannya tidak dapat disembunyikan lagi. Is
tersenyum melihat Dura menikus di hadapannya.
Mir yang memerhati dari jauh
menggeleng. Mahu ditolong, tidak patut rasanya. Memang begitu cara mereka
berkomunikasi, Mir faham benar. Sudahnya Mir bersandar ke dinding sambil
berpeluk tubuh. Guru mereka menghilang sebentar, mahu menguruskan bil perubatan
Fairuz katanya. Si Airil pula, meminta diri mahu ke tandas.
“ Tak nak tolong kawan awak ke? “
Mir berpaling. Airil tersenyum lantas mengambil tempat di sisi Mir, membuang
pandang ke arah Is dan Dura yang masih sedang…. “bermesra”. Mir melirik kepada
pemuda itu seketika sebelum kembali menghadap ke depan.
“ Macamlah saya boleh buat apa –
apa. Kalau ketua awak tu boleh dengar cakap orang takpe lah. “
“ Haha, betul jugak tu. “ Airil ketawa kecil.
“ …. Awak nampak gembira betul.”
Langsai Mir berkata, Airil memandang Mir, tersenyum lagi. Pemuda berkaca mata
itu beriak tenang, berkata dengan suara mendatar,
“ Haha, well it is certainly amusing, that’s why. “
Mir terkedu. Airil memandang Mir
sebelum kembali menyambung kata – katanya,
“ And you’re interesting too. “
Masih dengan senyumannya, Airil
mengenyit mata ke arah Mir. Terangkat sedikit kening Mir sebagai reaksi
membalas. Mir berkira – kira mahu membalas dialog Airil sebentar tadi namun
sebelum sempat dia membuka mulut, pintu wad di mana Fairuz ditempatkan terkuak
laju. Serentak mereka berpaling untuk melihat Faisya keluar dengan kepala
menunduk rendah memandang lantai, mengetap bibir. Mir menghela nafas lantas
membuat keputusan untuk pergi kepada Faisya. Si Airil, mengekor belakang tubuh
Mir dengan pandangan yang menyimpan seribu satu rahsia.
Mir menepuk bahu Faisya perlahan.
Faisya, tanpa amaran terus memeluk Mir erat.
“ Hei, kenapa ni?” Mir bertanya,
menepuk – nepuk lembut belakang badan Faisya.
“ Le…..” Faisya menggumam
sesuatu.
“Le?”
“LELAKI TAK GUNA!!!!! Kau tau tak
Mir, aku dengan segala kederat semangat yang aku ade mintak maaf kat dia kau
tau tak, die boleh cakap die tolong pun sebab takut otak aku yang dah sedia ade
lembab ni tak boleh nak berfungsi terus kalau bagi kena hempuk dengan kotak tu!
Arrgghh!! Selamba badak die cakap die kena la lindungi speasis alien yang rare kat planet ni! Muka aku ni muke
alien ke?? Ahh, geramnye!!!!”
Bagai mahu pecah dinding hospital
dek kerana jeritan Faisya itu. Jelas sekali dari air muka gadis itu dia sedang
marah. Puas memeluk Mir, Dura yang baru sahaja terlepas dari ‘cengkaman’ Is pul
menjadi mangsa luahan perasaan Faisya. Dura yang terkebil – kebil tidak tahu
apa – apa, habis dipeluk erat dan digoncang kuat. Mir mengambil peluang
menjenguk ke dalam bilik wad dan apa yang dapat dilihatnya Fairuz terlentang di
atas katil dengan bantal di mukanya, akibat dibaling oleh Faisya tadi. Mir
menggeleng kepala.
“ Haha, mereka memang comel kan?”
Suara Airil yang kedengarannya dekat benar membuatkan Mir tersentak, terus
berpaling. Nah, betul – betul di belakangnya Airil berdiri dengan senyuman
sinis. Mir mengundur sedikit, membuka ruang antara mereka.
“ So you’re the kind of guy who enjoy seeing other people suffer huh.” Mir menghela nafas berat. Mendengar kata –
kata Mir itu, Airil ketawa kecil. Bersahaja, lelaki itu maju ke hadapan dan
berbisik perlahan, dekat dengan telinga Mir,
“ Takdelah sangat. Tapi….. saya
memang teringin nak tengok awak menangis.” Dengan ayat terakhir itu, Airil
meninggalkan Mir dengan senyuman penuh rahsia lantas memasuki bilik wad. Mir
menggaru kepala. Sekolah ni… ada ramai
orang yang pelik….
*************************************************************************************
“ Hoi alien dari planet
kesembilan!”
Faisya menggenggam penumbuk. Sabar… Sabar Faisya…. Kau dalam kelas ni….
Sabar…. Dengan senyuman yang sememangnya jelas dipaksa, Faisya bangun dari
tempat duduknya menuju ke meja si empunya suara.
“ Ye encik Fairuz Azhar, awak nak
ape?”
“ Dah waktu rehat ni, makanan aku
mana?” Tanpa memandang Faisya, Fairuz mengeluarkan perintah. Tuhan sahaja yang
tahu betapa teringinnya Faisya menghempuk meja di hadapannya ke muka Fairuz
saat itu. Namun ditahannya, sebaliknya Faisya membalas lembut dengan
pertanyaan,
“ Baiklah, encik nak makan ape?”
“ Ape yang aku suke lah, takkan
tu pun tak tahu?! Dah, tunggu ape lagi, cepat pergi beli! Aku lapar ni!” Titik
noktah. Dengan senyuman yang hampir – hampir pecah, Faisya berjalan keluar
menuju ke kantin.
Semenjak daripada peristiwa
Fairuz masuk hospital dulu, pemuda itu menyedari yang Faisya masih menyimpan
perasaan bersalah menyebabkan kepalanya cedera. Setiap kali di dalam kelas,
Faisya akan mencuri pandang ke arahnya, kelihatan bimbang. Mana tidaknya, malam
sewaktu dia ditahan Fairuz diserang demam panas dengan suhu yang agak tinggi
dek kerana kesakitan yang dialaminya, membuatkan dia terpaksa tinggal di
hospital lebih lama. Melihatkan situasi tersebut, Fairuz sengaja mengambil
kesempatan di atas rasa bersalah Faisya untuk membuatkan gadis itu menurut segala
kehendaknya. Membeli makanan di kantin, menyalin nota, membuat kerja sekolah,
membawakan beg sekolahnya, apa sahaja yang terlintas di fikirannya. Jika Faisya
mula menunjukkan tanda mahu melawan, Fairuz akan berpura – pura menyeringai
kesakitan, membuatkan gadis itu gelabah dan tidak tentu arah.
*************************************************************************************
“ Grr… nasib baik la die sakit….
Kalau tak…. Kalau tak…… argghhhhh……” Faisya mengomel geram sambil berjalan
menuju bilik seni dengan membawa bersama dua bungkus nasi ayam dan dua bungkus
air. Semenjak dia menjadi orang suruhan Fairuz, pemuda itu akan mengarahkannya
membeli makanan di kantin sekolah dan membawakannya ke bilik seni. Dan jejaka
itu memaksa dia makan bersama. Begitu juga setiap pagi sebelum sekolah bermula,
Fairuz akan mengarahkan Faisya menunggu di depan laluan pejalan kaki yang
menghubungkan asrama dengan sekolah semata – mata untuk menyuruh Faisya
membawakan beg sekolahnya. Pada waktu petang pula waktu dia disuruh datang ke
bilik seni dan membuat kerja sekolah untuk Fairuz, atau menjadi pembantu jika
Fairuz bekerja untuk menghasilkan karya seni. Namun Faisya menurut sahaja
kerana sekali sekala tanpa sesiapa pun yang menyedari, sekali – sekala Fairuz
akan menunjukkan riak wajah yang dia dalam kesakitan kerana bekas kecederaan
yang masih belum sembuh sepenuhnya. Namun walaupun berkeadaan begitu pemuda itu
masih berusaha menyiapkan karyanya yang akan dipamerkan semasa hari kebudayaan.
“ Cik Faisya.” Langkah Faisya terhenti.
Apabila dia berpaling ke belakang, empunya suara yang memanggil rupanya Airil,
bendahari exco. Di tangan Airil terdapat beberapa buah sketch book bersaiz A3.
“ Maaf sebab tahan awak tapi
rasanya semua sketch book ni mungkin
kepunyaan Fairuz. Dia tertinggal semua ni di bilik exco. Boleh awak tolong bagi
pada dia?”
“ Ah, ok.” Sewaktu Faisya mahu
menyambut sebuah daripada sketch book tersebut
terjatuh dan halamannya terbuka. Terbeliak mata Faisya apabila melihat isi
kandungannya. Namun cepat – cepat dia menyambar sketch book itu dan segera meminta diri daripada Airil. Melihat
Faisya yang kelam kabut dan hampir – hampir terlanggar peti pemadam api di tepi
koridor membuatkan Airil tergelak. Seraya berpaling, Mir memandangnya dengan pandangan
datar sambil berpeluk tubuh. Airil tersenyum,
“ Kenapa pandang saya macam tu?”
“ Tahu pulak awak itu Fairuz yang
punya walaupun tak ada tanda atau nama.”
“ Haha, saya agak – agak je.
Lagipun kalau nak ikutkan siapa lagi yang akan guna sketch book berkualiti tinggi macam tu kalau bukan Fairuz, tak
gitu?”
“ Yes, but he isn’t the type that will forget something important like
that.”
“ Well, I just make him forget.” Airil
membalas tenang. Mir mengeluh.
“ Saya tak sangka awak ni jenis
yang suka ambil berat hal – hal macam ni..” Airil ketawa kecil. Dengan senyuman
yang tidak lekang, Airil berjalan mendekati Mir dan bersuara separuh berbisik,
“ Saya memang tak suka jaga tepi
kain orang, tapi kalau orang – orang tu ada kaitan dengan awak, itu cerita lain.”
“ …… Itu cara awak nak
mendapatkan perhatian saya?”
“ Yes.”
“ Cara awak teruk.”
“ Terima kasih.”
*************************************************************************************
Apabila Faisya membuka pintu
bilik seni, dia disambut dengan lantai yang bersepah dan Fairuz yang sedang
menyelongkar setiap ceruk bilik dalam keadaan yang sangat terdesak. Hinggakan
dia tidak perasan kehadiran Faisya di belakangnya. Faisya, mengelak barang –
barang yang bersepah berjalan menuju ke meja dan meletakkan makanan tengahari
mereka berdua, kemudian menuju ke tempat di mana Fairuz berada dan melutut di
sisinya, meletakkan sketch book tersebut
di atas lantai. Fairuz, apabila menyedari sketch
book tersebut melompat ke dinding, matanya terbeliak memandang Faisya.
Mukanya merah padam dan mulutnya ternganga, bagaikan mahu mengatakan sesuatu
namun suaranya tidak mampu keluar. Faisya tenang mengambil salah satu sketch book namun belum sempat
dibukanya, Fairuz merampas sketch book yang
di dalam tangan Faisya dan yang berada di atas lantai, laju. Dia membelakangi
Faisya sambil memegang erat buku – buku tersebut. Faisya tersenyum, bangun dan
menepuk habuk di kainnya. Dia berjalan mendekati Fairuz dan berkata,
“ Oit Encik Egois.”
“ Ap, ape??” Fairuz membalas
kasar, berusaha menyembunyikan suaranya yang tergagap – gagap dan mukanya yang
merah padam hingga ke telinga.
“ Jom makan, waktu rehat dah nak
habis.”
Terkebil – kebil mata Fairuz
mengekor kelibat Faisya yang berjalan tenang mengambil tempat di meja. Tidak
tahu hendak berbuat apa, Fairuz duduk namun matanya memandang ke tempat lain.
Saat Faisya menghulurkan bungkusan makanan laju jejaka itu merampasnya, tunduk
sahaja sambil menyuap makanan. Suasana hening sambil mereka masing – masing
menikmati makan tengahari, namun di dalam jantung Fairuz bagaikan perang dunia
ke tiga rasanya. Hampir mahu jatuh dia dari kerusi duduknya apabila Faisya
mengutarakan ayat ini,
“ Petang ni kita kemaskan bilik
yang bersepah ni, lepas tu suka hati awaklah awak nak lukis muka saya berapa
puluh keping pun. Tak payahlah nak curi – curi lukis lagi ye, Encik Egois.”
**********
yehaaa!!!! ada sambungannnn...
ReplyDeletebeb! adakah egois si pembuli & antologi si pembuli dari siri yang sama?
yep,tepat sekali!^^ semua dalam circle of friends yang same, huhu.
ReplyDeletece tepek sket muka2 semua character.. especially Is & Dura.. leh layan berangan sambil baca.. muahahahahaha
ReplyDeletetau2 plak saya merancang nak lukis characters..tapi chibi je la,haha. lek2 brader. soon...
ReplyDeletechibi pun chibi la.. jamin Is tu encem! hahahaha
ReplyDeleteupdatela updatela updatela..lme mnunggu nie
ReplyDeleteSy suke Mir! Sbb gye dia cool Dan mysteri
ReplyDelete