Sunday 24 June 2012

Egois Si Pembuli


“ MIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

“ Yess…. Ada ape……”

Waktu itu para pelajar baru sahaja selesai makan tengahari. Dura yang kekenyangan langsung tidur selepas menunaikan solat Zohor sementara Mir pula sedang bersiap – siap untuk mandi apabila rakan sekelas Mir, Faisya datang menerjah ke bilik mereka. Dura yang terkejut dengan kedatangan tiba – tiba itu terus tersedar dari lenanya, terpegun di atas katil. Dalam mamainya dia melihat Faisya berdiri di muka pintu dengan muka yang merah padam, tanda amarah yang amat sangat.

“ Mir!!!!! Aku geram!! Aku geram sangat – sangat!!!!!”

“ Yee, kau geram. Kenapa??”

Faisya menghempaskan punggung di atas katil Dura, lantas memeluk erat gadis itu yang masih separuh sedar. Mulutnya tak habis – habis mengomel, marahkan sesuatu. Melihatkan keadaan rakannya itu, Mir membatalkan hasrat asalnya lalu duduk di atas katil, menghadap mereka berdua. Selepas menghembuskan nafas berat, Faisya membuka bicara.

“ Jantan keparat tu ha!! Tadi aku tertinggal buku lukisan aku kat dalam kelas, bila aku datang nak ambik balik tengok – tengok dia tengah belek sambil gelak Mir!! Dia gelakkan lukisan aku, siap kutuk – kutuk lagi!! Dia kata budak sekolah rendah pun boleh lukis lagi lawa pada aku!! Argh!!! Tahulah dia tu hebat, menang anugerah, tapi tak payahlah sampai nak kutuk – kutuk orang!!!!!!!”

“ Jantan keparat mana pulak ni…”

“ Si Fairuz tulah, siapa lagi!!!!”

Mendengarkan nama itu, Mir menggeleng kepala, dapat menghidu satu lagi masalah. Fairuz Azhar, antara profil tersohor di sekolah mereka kerana kepintarannya, bakat geniusnya dalam lukisan, kehandalannya bermain bola keranjang, dan kenakalannya. Dia selalu menjadi pencetus masalah dengan rekod disiplin yang bertimbun namun pihak sekolah tidak mampu mengenakan apa – apa tindakan yang berat kerana dia antara penyumbang kepada nama baik sekolah dengan anugerah dan kemenangan dalam bidang lukisan. Dia dikatakan diburu banyak universiti seni untuk diserap sebagai bintang baru yang semakin bersinar dalam bidang ini. Dan atas sebab – sebab tertentu, perhubungan antara jejaka tersebut dengan Faisya kurang baik, bagaikan anjing dan kucing walaupun mereka sekelas.

“ Setahu aku dia tu bukan tak pedulikan perempuan ke… Kau ada sakitkan hati dia kot…”

“ Mane ade!!! Takde masa aku nak layan orang macam tu! Dia yang mula – mula datang kat aku. Dia gelarkan aku ‘alien dari planet kesembilan’ tau tak! Depan – depan muka aku pulak tu, kurang ajar betul! Hua!!!”

“ Ye, ye. Aku faham kau tengah geram sekarang, tapi baik kau lepaskan dulu Dura tu, dan biru dah muka dia tu.”

“ Eh? Ah! Dura, sorry!! Wah!!!”

Sementara Dura yang tidak bersalah pula termengah – mengah mencari nafas dek kerana dicekik dan digoncang – goncang Faisya yang tenggelam dalam amarahnya.

*************************************************************************************
Fairuz menggaru – garu kepala dan berdengus kasar, memandang lakaran potret di hadapannya. Kenapa, kenapa aku asyik ingatkan dia?? Apa yang tak kena dengan aku?? ARGHH!!! Dia menghempaskan buku lukisannya ke atas meja, lantas membuang pandang ke luar tingkap bilik seni. Semenjak bertentang mata dengan gadis itu buat pertama kali dia datang belajar di sekolah ini, tubuhnya bagai terkena renjatan elektrik. Hatinya berdegup kencang, menggila setiap kali dia berselisih dengannya. Dan, bagaikan dirasuk difikirannya penuh dengan kelibat wajah itu. Renungannya mampu membuatkan Fairuz jadi tak tentu arah, haru – biru. Akibatnya semua yang Fairuz buat tak menjadi, ada saja yang tak kena. Begitu juga dengan hasil kerjanya. Berakhir dengan lakaran wajah itu. Setiap satu daripadanya akan berakhir dengan lakaran wajah gadis itu.

“ Woi.”

Sergahan itu mengejutkan Fairuz daripada lamunannya. Di muka pintu, kelihatan Mir berdiri dengan memegang berus lukisan di tangannya. Baru Fairuz tersedar, berus yang berada di tangan tadi sudah lesap.

“ Agak – agak la nak mengamuk pun. Ingat sikit orang lalu kat bawah tu.”

“ Sori beb. Aku betul tak perasan aku tercampak tadi, sori la.”

Mir mengeluh, menyerahkan kembali berus kepadanya. Langsung ternampak potret yang dilakar Fairuz. Menyedari hal itu, Fairuz kelam – kabut menyembunyikan buku lukisannya. Mir hanya tersenyum sambil mengangkat kening.

“ Cantik lukisan kau.”

“ Diamlah! Kau, kau jangan nak sibuklah!”

“ Amboi, garangnya. Sorilah, tapi aku tak berminat nak jaga tepi kain orang.”

Seraya itu Mir mengatur langkah menuju ke muka pintu, namun berhenti tiba – tiba, berpaling menghadap muka Fairuz,

“ Tapi kau patut tengok muka kau tu kat cermin, kawan. Macam ikan kena panggang!” dan kembali meneruskan langkah.

Fairuz terpempan mendengar ayat Mir itu. Matanya terkebil – kebil, pipinya terasa membahang panas. Hatinya haru. Nampaknya Mir telah mengetahui rahsianya…. Dan itulah perkara yang paling ditakuti Fairuz. Mir baginya bukan remaja biasa. Walaupun mereka satu kelas, gadis itu jauh lebih matang dari rakan – rakan seusia. Kehebatannya dalam bidang akademik bukanlah sesuatu yang menghairankan, namun yang lebih penting dari itu, Mir memiliki tarikan semula jadi yang membuatkan dia dihormati dan dikagumi oleh semua orang, walaupun pada kebiasaannya dia bersikap selamba. Pertama kali Fairuz mengenalinya, gadis itu bagaikan dapat membaca segala apa yang bermain di fikiran pemuda itu. Fairuz sudah biasa bergaul dalam golongan sosial yang elit dan mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, namun gadis itu mempunyai sesuatu yang tidak dimiliki oleh sesiapa. Seorang yang misteri… dan sangat hebat. Sekarang gadis itu sudah mengetahui rahsia yang kemas disimpannya selama ini… habislah….

************************************************************************************
“ Woi alien dari planet kesembilan!”

Faisya mengetap bibir. Bangsat ni lagi…….. Apalah yang dia nak pagi – pagi buta ni… Cari pasal betullah….. Faisya menggumam sendiri. Dengan berat hati, dia berpaling ke belakang. Itu dia…. Musuh ketatnya berdiri mencekak pinggang sambil merenung tajam ke arahnya. Berkerut dahi Faisya, sedaya upaya cuba mengawal kemarahan.

“ Ye, ada apa?”

“ Cikgu Ramlah nak senarai alat lukisan yang kita perlukan untuk hari kebudayaan! Pastikan kau bagi kat dia hari ni jugak!”

Excuse me, apahal aku pulak yang kene buat?? Ape, dahi aku ni ada tertulis perkataan ‘kuli’ ke??”

“ Ahh, tak payah tulis, muka kau tu memang dah muka kuli pun!” Fairuz tersenyum menyidir. Mata Faisya terbeliak. Sabar.. Sabar….

“ Ewah – ewah takde insuran nampak mulut kau… Ok, ape sebab aku yang kene buat benda alah ni? Tak boleh ke suruh sapa – sapa yang free? Kau pun tahu kita ada amali kat makmal kimia sampai pukul 3 petang ni? Mana sempat nak siapkan senarai tu!”

“ Ahh, leceh la nak kene pegi carik budak – budak tu pulak! Alang – alang kau ada ni buat je la! Senang je tu, banyak cekadak pulak minah alien ni!”

“ Woi badak sumbu tercabut ekor! Senang kepala lutut engkau! Kau ingat alat – alat tu ada berapa banyak aa?? Kalau senang sangat try la kau buat sendiri! Ni pehal, nak arah – arah orang pulak! Dasar gila kuasa!”

“ Lantak aku la nak gila kuasa ke, gila harta ke, gila talak ke! Dah memang aku ada kuasa, gunalah! Sekurang – kurangnya aku taklah suka ponteng aktiviti kelab macam seseorang tu!”

Urk.. Tajam sekali terasa sindiran pemuda itu. Memang Faisya akui, walaupun dia amat menyukai seni lukisan, namun baginya waktu ajaran asas seni bagaikan ceramah perdana yang amat membosankan, mampu membuatkan dia tertidur. Ditambah lagi dengan kehadiran seteru ketatnya yang merupakan presiden Kelab Seni Lukisan yang dianggotainya. Oleh sebab itu Faisya sentiasa mencari jalan untuk mengelak daripada menghadiri aktiviti kelab kecuali waktu amali lukisan. Melihatkan Faisya yang terdiam Fairuz langsung berkata,

“ Patutnya kau bersyukur la aku bagi peluang kau tebus ketidakhadiran kau yang menimbun tu! Ke kau nak aku buang je kau terus dari kelab? Kalau tak nak jangan nak banyak songeh, buat je la orang dah suruh tu!”

Faisya mengetap bibir, tak mampu melawan kata – kata wajah tampan dihadapannya itu. Huh, tampan la sangat… Aku tampar kang baru tahu langit tu tinggi ke rendah… Selamba badak dia jek panggil orang alien… aku buat muka kau tu betul – betul jadi muka alien baru kau tau! Faisya menggumam sambil meramas jari.

“ Tak payah la kau nak mimpi nak buat muka aku jadi macam alien… Aku terlalu kacak untuk tu.”

Faisya terasa mahu muntah di situ juga mendengarkan ayat yang keluar dari mulut pemuda itu.

“ Ehh, dengar pulak kau ye? Ingatkan pekak, badak la katakan…”

“ Jangan risau, aku sihat walafiat lagi cik alien dari planet kesembilan oii. Tapi aku bimbang la dengan kau, sini kan lain dengan tempat kelahiran kau, takut la kau tak boleh sesuaikan diri pulak.”

“ Ohoho, tak perlu nak susah – susah risaukan aku wahai encik badak sumbu. Kau patut risaukan diri kau tu dulu, yalah kat sini kan lain gile dengan habitat asal kau. Tiba – tiba dehydration kang sape nak tanggung…”

Senyum kambing Fairuz sudah bertukar kelat. Ketapan bibir Faisya sudah bertambah ketat. Amarah masing – masing sudah pecah. Sabar masing – masing sudah punah. Fairuz memandang Faisya tajam. Faisya membalas renungan Fairuz geram. Masing – masing tidak mahu mengalah. Fairuz sudah membuka mulut untuk menghambur kata seterusnya….

“ Yang kamu berdua tercegat kat situ macam ayam sabung tu kenapa? Masuk kelas cepat! Loceng dah berbunyi tu!”

Jeritan Cikgu Kamisah dari pintu kelas mereka mematikan kata – kata Fairuz. Mereka saling berbalas jelingan tajam sambil masing – masing menghentak kaki menuju ke kelas. Cikgu Kamisah menggeleng. Dia sudah masak benar dengan perangai budak berdua itu. Ada saja yang mahu digaduhkan. Tidak mahu bertolak ansur langsung, tak mahu beralah. Sudah puas dia menegur tapi masih begitu juga sikap mereka. Hendak dimarahi atau dikenakan tindakan, mereka hanya setakat berperang mulut, tidak lebih dari itu. Sudahnya Cikgu Kamisah mati akal, tidak tahu mahu buat bagaimana lagi.

*************************************************************************************
“ Waa!!! Bile nak habis ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Faisya menggenggam berus lukisan ketat, diikutkan hati mahu saja dipatah – patahkan berus lukisan itu.

Berakhir saja waktu amali sains pada pukul 3 petang, Faisya terpaksa bergegas ke bilik kelab untuk melaksanakan ‘arahan mandatori’ Fairuz. Sempat pemuda itu menjeling tajam waktu mereka berselisih di pintu makmal kerana melihatkan Faisya yang keberatan mahu pergi ke kelab, lambat – lambat menyeret kakinya. Teringin juga Faisya menyuarakan bantahan namun apabila teringat ugutan Fairuz yang mahu membuangnya dari kelab, lidah Faisya serta – merta mati. Dia amat sayangkan kelab tersebut walaupun terpaksa menahan amarahnya dengan presidennya itu. Guru penasihat mereka memang menggemari Fairuz, jadi suara pemuda itu laku jika nak dibandingkan dengan suara ahli biasa sepertinya. Hai, nasib badan…. Tanpa disedari Faisya, gelagatnya diam – diam diperhatikan oleh sesusuk tubuh yang dari tadi berdiri di depan pintu….

“ Woi.”

Aduh, macam kenal jek suara macho ala – ala Brad Pitt sakit tekak tu… Dengan berat hati, Faisya berpaling ke belakang. Sambil bercekak pinggang dan seperti biasa tanpa secalit senyuman pun, Fairuz melangkah masuk mendekati gadis itu yang sedang duduk bercanggung di hadapan himpunan kanvas lukisan. Faisya kaget, langsung segera berdiri.

“ Mane senarai tu? Cikgu da bising da tu! Kau ni, benda macam tu pun susah ke nak buat? Lembab betullah!”

“ Oit sedara, cakap tu baik – baik sikit ye. Kau ingat aku buat apa dari tadi, menari?? Senang kepala lutut kau!! Kalau macam makan kacang takpe jugak, ini macam nak telan ikan paus tau tak!! Kau ingat barang dalam bilik ni ade berapa banyak nak periksa semua?? Matilah aku nak buat sorang – sorang!”

“ Ahh, elok jek kau tercongok kat situ tak mati pun. Ni la perempuan, komplen banyak, keje tak siap jugak! Dah, bak sini aku tengok banyak mane lagi nak kira!”

Sambil mencebik bibir, Faisya menyerahkan senarai tersebut. Fairuz melihatnya sambil mengerutkan dahi.

“ Baru banyak ni jek? Tak sampai separuh pun.”

“ Susah la, alat semua bersepah sana – sini, kena kumpul dulu baru boleh kira. Terima kasih la pada seseorang tu sebab tak reti – reti nak kemas lepas guna….”

Fairuz tersedak. Terasa betul dengan sindiran tajam Faisya. Memang itu tabiat buruk Fairuz sejak dulu lagi, tidak suka mengemaskan barang – barang yang telah digunakannya. Dan tabiat itu bukan hanya tertumpu pada alatan melukis, malah pakaian, tempat tidur dan sebagainya. Fairuz berdehem kecil. Tidak mampu membalas sindiran gadis tersebut kerana apa yang dikatakannya adalah benar. Sudahnya Fairuz mengerling ke arah jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. Cikgu Ramlah bersetuju untuk menunggu hingga pukul 5 petang. Mereka tak ada masa yang banyak. Fairuz mengangkat muka, memandang gadis itu.

“ Dah, aku periksa yang belah sini. Kau habiskan yang belah sana. Kalau nak harapkan kau memang sampai esok la tak siap jawabnya.”

Selesai berkata – kata Fairuz menghulurkan kembali senarai tersebut kepada Faisya lalu beransur memulakan kerja. Faisya terpegun. Aik, tersampuk hantu Kak Limah ke apa mamat ni? Rajin pulak nak tolong aku?? Melihatkan Faisya yang masih terkebil – kebil tidak berganjak dari tempatnya berdiri tadi, Fairuz berdehem keras. Tersentak, Faisya bergegas menyambung kerjanya mengira kanvas lukisan. Sedang asyik mereka melakukan tugas masing – masing, mata Faisya menangkap kelibat sesuatu bergerak – gerak di sebalik susunan kotak – kotak peralatan yang berhampiran dengannya. Curiga, gadis itu menguit susunan kotak itu dengan kakinya. Tiba – tiba, satu kelibat tubuh kecil pantas keluar dari celah kotak, menerpa ke arah Faisya.

“ MAKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! TIKUS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Dek kerana terlalu terkejut, Faisya terdorong ke belakang, melanggar rak barang – barang simpanan. Malang tak berbau, rempuhan kuat itu menyebabkan kotak – kotak yang terletak di kepala rak bergegar lantas menjunam laju….

“FAISYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
*************************************************************************************
“ Kau tak apa – apa?”

Saat itu mereka berada di lobi hospital. Kerana mahu melindungi Faisya, Fairuz bertindak menghadang kotak – kotak berisi barangan berat daripada menghempap gadis itu dengan badannya. Namun malang tidak berbau apabila salah satu kotak yang jatuh itu menghantuk kepala Fairuz menyebabkan pemuda itu tidak sedarkan diri. Kepalanya turut mengalami pendarahan teruk. Mujur sewaktu kejadian tersebut berlaku, Cikgu Ramlah telah berada dekat dengan bilik kelab, berniat mahu memantau pelajar – pelajarnya. Sewaktu Faisya dan Cikgu Ramlah kelam – kabut cuba menyedarkan Fairuz yang langsung tidak bergerak, Mir dan Dura terpancul di depan pintu kelab. Mereka berdua sedang melalui koridor itu dalam perjalanan balik dari mengambil buku Dura yang tertinggal apabila mereka mendengar bunyi dentuman yang kuat dari arah bilik kelab. Sudahnya mereka mengambil keputusan untuk terus ke hospital dengan SUV Cikgu Ramlah. Fairuz dipapah dengan bantuan Is dan Airil, bendahari exco tertinggi. Sementara Dura dan Mir pula membantu Faisya yang tercedera di lutut kerana bergesel dengan lantai.

“ Doktor kata tadi luka sikit je kat lutut dengan tapak tangan sebab bergesel dengan lantai, tak teruk mana pun. Dia dah bagi ubat dah,” Faisya menjawab pertanyaan Mir lemah.

“ Tapi muka kau pucat sangat ni, betul ke takde apa – apa?” Kali ini giliran Dura pula bertanya, bimbang. Faisya mengangkat muka memandang Dura, cuba membuka mulut namun akhirnya dia tertunduk kembali. Gadis itu menggenggam erat kedua belah tangannya, menggeletar. Dura yang kasihan melihat keadaan gadis itu, memeluk bahunya lembut. Mir mengambil tempat di sebelah Faisya. Mereka diam selama beberapa minit. Mir mengerling tompok darah di uniform dan tudung Faisya. Pasti terkena sewaktu pemuda itu melindunginya…

“ Semuanya salah aku. Kalau tak sebab aku langgar rak tu mesti tak jadi macam ni….” Faisya menggumam perlahan.

“ Sabarlah Sya. Dah benda nak jadi, nak buat macam mana. Bukan kau sengaja nak langgar rak tu pun.” Dura bersuara memujuk.

“ Tapi, tapi macam mana kalau dia kena teruk? Macam, macam mana kalau dia tak sedar sampai, sampai….”, Faisya tidak mampu menyambung kata – katanya.

“ Hish, jangan nak mengarutlah! InsyaAllah takde apa – apanya! Kita tak tau lagi macam mana, janganlah cepat nak putus asa!” Dura memegang tangan Faisya, memberi semangat. Mir yang dari tadi mendiamkan diri sambil memerhatikan mereka, menepuk bahu Faisya beberapa kali. Faisya mengangkat muka merenung Mir.

“ … Kalau kau ada kat tempat dia, kau rasa semua tu salah dia ke?” Faisya terpaku. Lama dia menunduk, kemudian menggelengkan kepala. Mir menarik nafas.

“ Kalau kau pun yang jadi dia tadi, kau akan buat benda yang sama?” Faisya mengangguk perlahan.

“… Jadi kau rasa dia gembira ke tengok kau macam ni?” Mir merenung ke arah Faisya. Mata gadis itu bergenang, dia mengetap bibir kuat.

“ …. Tak…” Faisya menjawab, suaranya tertahan – tahan.
Mir menghela nafas panjang. Diseluk kocek seluarnya, menghulurkan sehelai sapu tangan.

“ Kalau kau rasa nak mengangis, menangis je la. Tak ada orang yang marah pun kalau kau rasa takut. Tapi sia – sia sajalah dia jadi macam tu sebab nak selamatkan kau kalau kau asyik nak salahkan diri. Lepaskan apa yang kau rasa sekarang, takdelah kau malu nak jumpa dia nanti…”

Mendengarkan kata – kata Mir, Faisya tidak mampu mengawal emosinya lagi. Air matanya jatuh bercucuran tanpa mampu ditahan. Dia menangis teresak – esak bagaikan anak kecil dalam pelukan Dura…

**********************************************************************************
 “ Macam mana kamu rasa sekarang? Masih sakit lagi?”

Sebaik mendengar khabar daripada jururawat yang bertugas bahawa Fairuz telah sedar dari pengsan, mereka semua bergegas ke wad di mana Fairuz ditempatkan. Menurut doktor yang merawatnya, Fairuz mengalami luka akibat terkena objek tajam di kepala dan terpaksa dijahit. Selain daripada itu, dia turut mengalami lebam dan luka – luka kecil di serata badan. Pemuda itu akan ditahan di hospital selama beberapa hari sebelum dibenarkan pulang kerana menurut kata doktor, dia mahu Fairuz menjalani ujian lanjut bagi memastikan pemuda itu tidak mengalami pendarahan dalaman di kepalanya. Faisya, saat mendengar perkhabaran tersebut, menarik nafas lega. Sekurang – kurangnya buat masa sekarang, keadaan Fairuz disahkan selamat, ujian lanjut dilakukan sebagai langkah berjaga – jaga.

“ Sikit je la, pening sikit. Tapi takdelah rase sakit ke ape cikgu.” Fairuz menjawab pertanyaan Cikgu Ramlah sambil memegang kepalanya yang terasa berdenyut – denyut. Perkara terakhir yang diingatinya adalah sewaktu dia melindungi Faisya daripada dihempap sebuah kotak besar sebelum pandangannya menjadi gelap. Apabila dia membuka mata, pemuda itu mendapati dirinya sedang terlantar di katil hospital dengan kepala berbalut.

“ Alhamdulillah… Hai kamu ni, nasib baik tak sakit jantung saya tadi. Kalau lah berlaku apa – apa macam mana saya nak jawab kat mak ayah kamu nanti….” Cikgu Ramlah menggeleng – geleng kepala. Hanya tuhan sahaja yang tahu apa perasaan guru tersebut saat melihat pelajarnya terbaring tidak sedarkan diri di hadapan matanya dengan kepala berlumuran darah. Mujur para pelajarnya yang lain segera datang membantu, jika tidak dia sendiri pun tidak pasti dirinya mampu mengawal emosi saat itu.

“ Haha, minta maaf la cikgu, saya pun tak sangka sampai boleh masuk hospital pulak, haha…” Fairuz tersengih menunjukkan gigi, cuba untuk tidak mengendahkan kepalanya yang sebenarnya masih pening dan berdenyut.

“ Hish budak ni, main - main pulak dia! Cikgu serius ni! Kesian si Faisya tu, sampai menangis risaukan kamu tau!” Marah Cikgu Ramlah, tidak senang dengan reaksi bersahaja pemuda itu.

Mendengarkan kata – kata gurunya itu, Fairuz terdiam. Menangis?.... Sementara di luar bilik wad, Faisya asyik terjenguk – jenguk ke dalam, ragu – ragu untuk masuk. Dura berusaha memujuknya, namun Faisya enggan berganjak, masih takut – takut di situ. Sudahnya Dura menjeling pandang ke arah Mir yang hanya menjungkit bahu.

“ Ha, yang kamu bertiga berkumpul di luar tu buat apa? Mari masuk, Fairuz dah sedar ni!” Terpelangah Faisya mendengar suara nyaring Cikgu Ramlah, langsung merah pipinya apabila menyedari dirinya ditatap mereka yang berada di dalam bilik wad. Bagaikan anak kecil, dia menunduk malu sambil menarik hujung lengan uniform Dura, meminta ditemani masuk. Mir yang mengikut dari belakang ketawa kecil melihat telatah gadis itu terlalu gugup.

Faisya pula merasakan mahu mencari lubang bersembunyi apabila menyedari pergerakannya ditenung Fairuz rapi. Lemah lututnya mahu melangkah mendepani Fairuz, namun digagahi jua memandangkan Cikgu Ramlah sudah menarik lengannya. Kelu lidahnya mahu memutarkan kata, ditambah lagi dengan perlakuan Fairuz yang dai tadi hanya diam merenungnya. Ish… Mamat ni apahal dari tadi asyik tengok aku…. Ke kepala die dah tak betul kena hempap dengan kotak tu? Alahai, cikgu ni pun satu, tak memahami jiwa betul lah…… Faisya menggumam sendiri.

“ Yang kamu berdua ni senyap sunyi macam radio mati ni kenapa? Faisya, kamu takde apa – apa ke yang nak dicakapkan pada si Fairuz ni??” Cikgu Ramlah bersuara memecah kesunyian.

“ H, Ha? Errr….. S, Saya….. Err…. Emmm….. S, Saya…..” Mulutnya terkumat – kumit namun tiada suara yang keluar. Tunduknya bagai mahu mencium lantai, tidak berani mengangkat muka. Faisya dapat merasakan mukanya panas membahang.

Melihatkan keadaan itu, Is membuka mulut. “ Agaknya dia malu nak cakap depan ramai – ramai ni. Apa kata kita biarkan mereka dulu cikgu, kita tunggu di luar.”

“ Hmm, betul jugak tu. Kalau asyik macam ni, tak balik la jawabnya kita. Hari dah lewat petang ni. Ha, kamu berdua saya tinggalkan ni jangan ke lain pulak ceritanya, selesaikan elok – elok. Faisya jangan lupa ucap terima kasih kat si Fairuz ni.” Lantas dengan pesanan itu, yang lainnya langsung keluar dari wad, meninggalkan mereka berdua. Faisya berusaha meminta Dura dan Mir tinggal menemankannya, namun mereka enggan berbuat demikian. Bagi mereka Faisya perlu berbicara sendirian dengan Fairuz agar si pemuda itu dapat meluahkan apa yang difikirannya juga.

Fairuz menghantar guru dan rakan – rakannya keluar dengan ekor matanya hingga mereka hilang di sebalik pintu sebelum kembali menatap Faisya yang masih menunduk memandang lantai. Dia dapat melihat mata Faisya masih merah kesan tangis, tanda Faisya benar mengalirkan air mata seperti mana yang dikhabarkan gurunya. Hati lelakinya terusik, selama ini belum pernah ada sesiapa yang merisaukan dirinya hingga sebegitu rupa melainkan ibunya.

“ Kau tak apa – apa?” Tersentak Faisya mendengar suara Fairuz yang lain daripada biasa. Lembut dan sopan. Selama ini setiap kali mereka bergaduh hanya nada kasar dan tajam menyindir yang keluar dari kotak suara pemuda itu. Cuba mencuri pandang wajah Fairuz, Faisya mengangkat sedikit mukanya ke hadapan. Tersentak dia tatkala matanya tepat – tepat bertembung dengan mata Fairuz, terus dia menunduk kembali dengan muka merah padam.

“ Saya ok. “ Kecil sahaja suara Faisya membalas pertanyaan Fairuz.

“ Tangan tu kenapa? “ Sekali lagi, Fairuz melontarkan pertanyaan.

“ Calar sikit, bergesel dengan lantai. “ Kaki Faisya menguis lantai, sambil meramas tangannya kasar. Nyata dia resah dengan keadaan ketika itu. Fairuz pula, kembali diam setelah soalannya langsai dijawab Faisya. Suasana hening seketika.

Ughh, ape aku ni, cepat la mintak maaf dengan ucap terima kasih, tunggu apa lagi?? Ish mulut, bergerak la cepat! Faisya, beranikan diri kau tu! Cepat! Faisya bermonolog dengan dirinya, cuba mencari keberanian untuk bersuara. Faisya mengangkat muka. Serentak, mata mereka bertaut. Fairuz memandang diam tanpa berkata. Faisya menarik nafas dalam – dalam, dia mula berbicara…..

**********************************************************************************
Dura menekan punat mesin minuman, sambil mengeluh kecil. Bagai mahu pitam rasanya Dura pabila menyedari Is asyik merenungnya tajam dari mulai mereka menuju ke hospital. Puas Dura berpaling muka namun aura renungan jejaka itu dapat dirasai hingga ke temulang, menggigil Dura. Ughh, orang lain dengan awek bukan main romantik lagi, cakap manis, lembut. Ni gaya macam sarjan misai nak tempeleng perompak bank jek. Macam nak makan aku… Tanpa gadis itu sedari, sesusuk tubuh menyusup merapatinya dari belakang. Selepas mengambil tin minuman, Dura berpaling untuk kembali ke tempat mereka berkumpul namun ..

“ Makk!!” Dura terdorong ke belakang hingga melanggar mesin minuman. Terbeliak mata Dura apabila melihat Is berdiri sambil memandangnya tepat. Dura cuba melarikan diri namun jalan keluarnya pantas disekat. Terperangkap dia sekarang di hadapan lelaki itu.

“ Is, tepilah. Saya nak lalu. “ Niat hati mahu sahaja Dura menghambur nada tinggi kepada Is, namun pandangan Is yang mencerlung memadam terus semangatnya. Tunduk Dura rendah sambil memegang erat tin minuman dengan kedua belah tangan.

“ Lalulah, jalan ni bukan aku punya pun. “ Is berkata selamba. Namun bertentangan dengan kata – katanya, Is mara makin rapat, sengaja menyekat langkah Dura. Dura cuba ke kiri, Is ke kiri. Dura cuba ke kanan, Is ke kanan. Mata Dura mula berair, sedaya upaya ditahan. Sesaat itu juga pipinya memerah dan gigilan badannya tidak dapat disembunyikan lagi. Is tersenyum melihat Dura menikus di hadapannya.

Mir yang memerhati dari jauh menggeleng. Mahu ditolong, tidak patut rasanya. Memang begitu cara mereka berkomunikasi, Mir faham benar. Sudahnya Mir bersandar ke dinding sambil berpeluk tubuh. Guru mereka menghilang sebentar, mahu menguruskan bil perubatan Fairuz katanya. Si Airil pula, meminta diri mahu ke tandas.

“ Tak nak tolong kawan awak ke? “ Mir berpaling. Airil tersenyum lantas mengambil tempat di sisi Mir, membuang pandang ke arah Is dan Dura yang masih sedang…. “bermesra”. Mir melirik kepada pemuda itu seketika sebelum kembali menghadap ke depan.

“ Macamlah saya boleh buat apa – apa. Kalau ketua awak tu boleh dengar cakap orang takpe lah. “

“ Haha, betul jugak tu. “  Airil ketawa kecil.

“ …. Awak nampak gembira betul.” Langsai Mir berkata, Airil memandang Mir, tersenyum lagi. Pemuda berkaca mata itu beriak tenang, berkata dengan suara mendatar,

Haha, well it is certainly amusing, that’s why. “

Mir terkedu. Airil memandang Mir sebelum kembali menyambung kata – katanya,

And you’re interesting too. “
Masih dengan senyumannya, Airil mengenyit mata ke arah Mir. Terangkat sedikit kening Mir sebagai reaksi membalas. Mir berkira – kira mahu membalas dialog Airil sebentar tadi namun sebelum sempat dia membuka mulut, pintu wad di mana Fairuz ditempatkan terkuak laju. Serentak mereka berpaling untuk melihat Faisya keluar dengan kepala menunduk rendah memandang lantai, mengetap bibir. Mir menghela nafas lantas membuat keputusan untuk pergi kepada Faisya. Si Airil, mengekor belakang tubuh Mir dengan pandangan yang menyimpan seribu satu rahsia.

Mir menepuk bahu Faisya perlahan. Faisya, tanpa amaran terus memeluk Mir erat.

“ Hei, kenapa ni?” Mir bertanya, menepuk – nepuk lembut belakang badan Faisya.

“ Le…..” Faisya menggumam sesuatu.

“Le?”

“LELAKI TAK GUNA!!!!! Kau tau tak Mir, aku dengan segala kederat semangat yang aku ade mintak maaf kat dia kau tau tak, die boleh cakap die tolong pun sebab takut otak aku yang dah sedia ade lembab ni tak boleh nak berfungsi terus kalau bagi kena hempuk dengan kotak tu! Arrgghh!! Selamba badak die cakap die kena la lindungi speasis alien yang rare kat planet ni! Muka aku ni muke alien ke?? Ahh, geramnye!!!!”

Bagai mahu pecah dinding hospital dek kerana jeritan Faisya itu. Jelas sekali dari air muka gadis itu dia sedang marah. Puas memeluk Mir, Dura yang baru sahaja terlepas dari ‘cengkaman’ Is pul menjadi mangsa luahan perasaan Faisya. Dura yang terkebil – kebil tidak tahu apa – apa, habis dipeluk erat dan digoncang kuat. Mir mengambil peluang menjenguk ke dalam bilik wad dan apa yang dapat dilihatnya Fairuz terlentang di atas katil dengan bantal di mukanya, akibat dibaling oleh Faisya tadi. Mir menggeleng kepala.

“ Haha, mereka memang comel kan?” Suara Airil yang kedengarannya dekat benar membuatkan Mir tersentak, terus berpaling. Nah, betul – betul di belakangnya Airil berdiri dengan senyuman sinis. Mir mengundur sedikit, membuka ruang antara mereka.

So you’re the kind of guy who enjoy seeing other people suffer huh.”  Mir menghela nafas berat. Mendengar kata – kata Mir itu, Airil ketawa kecil. Bersahaja, lelaki itu maju ke hadapan dan berbisik perlahan, dekat dengan telinga Mir,

“ Takdelah sangat. Tapi….. saya memang teringin nak tengok awak menangis.” Dengan ayat terakhir itu, Airil meninggalkan Mir dengan senyuman penuh rahsia lantas memasuki bilik wad. Mir menggaru kepala. Sekolah ni… ada ramai orang yang pelik….

*************************************************************************************
“ Hoi alien dari planet kesembilan!”

Faisya menggenggam penumbuk. Sabar… Sabar Faisya…. Kau dalam kelas ni…. Sabar…. Dengan senyuman yang sememangnya jelas dipaksa, Faisya bangun dari tempat duduknya menuju ke meja si empunya suara.

“ Ye encik Fairuz Azhar, awak nak ape?”
“ Dah waktu rehat ni, makanan aku mana?” Tanpa memandang Faisya, Fairuz mengeluarkan perintah. Tuhan sahaja yang tahu betapa teringinnya Faisya menghempuk meja di hadapannya ke muka Fairuz saat itu. Namun ditahannya, sebaliknya Faisya membalas lembut dengan pertanyaan,

“ Baiklah, encik nak makan ape?”

“ Ape yang aku suke lah, takkan tu pun tak tahu?! Dah, tunggu ape lagi, cepat pergi beli! Aku lapar ni!” Titik noktah. Dengan senyuman yang hampir – hampir pecah, Faisya berjalan keluar menuju ke kantin.

Semenjak daripada peristiwa Fairuz masuk hospital dulu, pemuda itu menyedari yang Faisya masih menyimpan perasaan bersalah menyebabkan kepalanya cedera. Setiap kali di dalam kelas, Faisya akan mencuri pandang ke arahnya, kelihatan bimbang. Mana tidaknya, malam sewaktu dia ditahan Fairuz diserang demam panas dengan suhu yang agak tinggi dek kerana kesakitan yang dialaminya, membuatkan dia terpaksa tinggal di hospital lebih lama. Melihatkan situasi tersebut, Fairuz sengaja mengambil kesempatan di atas rasa bersalah Faisya untuk membuatkan gadis itu menurut segala kehendaknya. Membeli makanan di kantin, menyalin nota, membuat kerja sekolah, membawakan beg sekolahnya, apa sahaja yang terlintas di fikirannya. Jika Faisya mula menunjukkan tanda mahu melawan, Fairuz akan berpura – pura menyeringai kesakitan, membuatkan gadis itu gelabah dan tidak tentu arah.

*************************************************************************************
“ Grr… nasib baik la die sakit…. Kalau tak…. Kalau tak…… argghhhhh……” Faisya mengomel geram sambil berjalan menuju bilik seni dengan membawa bersama dua bungkus nasi ayam dan dua bungkus air. Semenjak dia menjadi orang suruhan Fairuz, pemuda itu akan mengarahkannya membeli makanan di kantin sekolah dan membawakannya ke bilik seni. Dan jejaka itu memaksa dia makan bersama. Begitu juga setiap pagi sebelum sekolah bermula, Fairuz akan mengarahkan Faisya menunggu di depan laluan pejalan kaki yang menghubungkan asrama dengan sekolah semata – mata untuk menyuruh Faisya membawakan beg sekolahnya. Pada waktu petang pula waktu dia disuruh datang ke bilik seni dan membuat kerja sekolah untuk Fairuz, atau menjadi pembantu jika Fairuz bekerja untuk menghasilkan karya seni. Namun Faisya menurut sahaja kerana sekali sekala tanpa sesiapa pun yang menyedari, sekali – sekala Fairuz akan menunjukkan riak wajah yang dia dalam kesakitan kerana bekas kecederaan yang masih belum sembuh sepenuhnya. Namun walaupun berkeadaan begitu pemuda itu masih berusaha menyiapkan karyanya yang akan dipamerkan semasa hari kebudayaan.

“ Cik Faisya.” Langkah Faisya terhenti. Apabila dia berpaling ke belakang, empunya suara yang memanggil rupanya Airil, bendahari exco. Di tangan Airil terdapat beberapa buah sketch book bersaiz A3.

“ Maaf sebab tahan awak tapi rasanya semua sketch book ni mungkin kepunyaan Fairuz. Dia tertinggal semua ni di bilik exco. Boleh awak tolong bagi pada dia?”

“ Ah, ok.” Sewaktu Faisya mahu menyambut sebuah daripada sketch book tersebut terjatuh dan halamannya terbuka. Terbeliak mata Faisya apabila melihat isi kandungannya. Namun cepat – cepat dia menyambar sketch book itu dan segera meminta diri daripada Airil. Melihat Faisya yang kelam kabut dan hampir – hampir terlanggar peti pemadam api di tepi koridor membuatkan Airil tergelak. Seraya berpaling, Mir memandangnya dengan pandangan datar sambil berpeluk tubuh. Airil tersenyum,

“ Kenapa pandang saya macam tu?”

“ Tahu pulak awak itu Fairuz yang punya walaupun tak ada tanda atau nama.”

“ Haha, saya agak – agak je. Lagipun kalau nak ikutkan siapa lagi yang akan guna sketch book berkualiti tinggi macam tu kalau bukan Fairuz, tak gitu?”

Yes, but he isn’t the type that will forget something important like that.”

“ Well, I just make him forget.” Airil membalas tenang. Mir mengeluh.

“ Saya tak sangka awak ni jenis yang suka ambil berat hal – hal macam ni..” Airil ketawa kecil. Dengan senyuman yang tidak lekang, Airil berjalan mendekati Mir dan bersuara separuh berbisik,

“ Saya memang tak suka jaga tepi kain orang, tapi kalau orang – orang tu ada kaitan dengan awak, itu cerita lain.”

“ …… Itu cara awak nak mendapatkan perhatian saya?”

Yes.”

“ Cara awak teruk.”

“ Terima kasih.”

*************************************************************************************
Apabila Faisya membuka pintu bilik seni, dia disambut dengan lantai yang bersepah dan Fairuz yang sedang menyelongkar setiap ceruk bilik dalam keadaan yang sangat terdesak. Hinggakan dia tidak perasan kehadiran Faisya di belakangnya. Faisya, mengelak barang – barang yang bersepah berjalan menuju ke meja dan meletakkan makanan tengahari mereka berdua, kemudian menuju ke tempat di mana Fairuz berada dan melutut di sisinya, meletakkan sketch book tersebut di atas lantai. Fairuz, apabila menyedari sketch book tersebut melompat ke dinding, matanya terbeliak memandang Faisya. Mukanya merah padam dan mulutnya ternganga, bagaikan mahu mengatakan sesuatu namun suaranya tidak mampu keluar. Faisya tenang mengambil salah satu sketch book namun belum sempat dibukanya, Fairuz merampas sketch book yang di dalam tangan Faisya dan yang berada di atas lantai, laju. Dia membelakangi Faisya sambil memegang erat buku – buku tersebut. Faisya tersenyum, bangun dan menepuk habuk di kainnya. Dia berjalan mendekati Fairuz dan berkata,

“ Oit Encik Egois.”

“ Ap, ape??” Fairuz membalas kasar, berusaha menyembunyikan suaranya yang tergagap – gagap dan mukanya yang merah padam hingga ke telinga.

“ Jom makan, waktu rehat dah nak habis.”

Terkebil – kebil mata Fairuz mengekor kelibat Faisya yang berjalan tenang mengambil tempat di meja. Tidak tahu hendak berbuat apa, Fairuz duduk namun matanya memandang ke tempat lain. Saat Faisya menghulurkan bungkusan makanan laju jejaka itu merampasnya, tunduk sahaja sambil menyuap makanan. Suasana hening sambil mereka masing – masing menikmati makan tengahari, namun di dalam jantung Fairuz bagaikan perang dunia ke tiga rasanya. Hampir mahu jatuh dia dari kerusi duduknya apabila Faisya mengutarakan ayat ini,

“ Petang ni kita kemaskan bilik yang bersepah ni, lepas tu suka hati awaklah awak nak lukis muka saya berapa puluh keping pun. Tak payahlah nak curi – curi lukis lagi ye, Encik Egois.”


**********

Tuesday 5 June 2012

Antologi Si Pembuli (Prekuel); 1 Tahun


“ Mir, ada pelawat nak jumpa kau!”

“ Siapa Nur?”

“ Entahlah, tapi dia kata kau kenal dia. Lelaki.”

“ Oh…”

Setelah selesai menunaikan solat Asar petang itu, Mir tiba – tiba didatangi seorang pelawat yang tidak dijangka. Jejaka yang dalam usia 30 – an itu tersenyum dan memberi salam tatkala Mir tiba, mempersilakan gadis itu duduk di bangku di hadapannya penuh hormat. Seraya menarik nafas dalam, jejaka tersebut menutur bicara,

“ Maaflah sebab panggil Mir keluar tiba – tiba macam ni. Tapi, tak sangka betul ya dah dekat 7 tahun kita tak jumpa, dah besar panjang dah Mir sekarang.”

“ Ya, maaf sebab tak berhubung dengan abang.”

“ Tak apa, abang faham. Mir macammana belajar, ok?”

“ Alhamdulillah, semuanya baik.”

“…….”

“ ….. Ada apa – apa yang abang nak tanya saya?”

“ Ek, eh… Aa… Tu… Err….”

“ Abang nak tanya pasal kak Rina?”

Mendengarkan nama itu, air muka Izhar berubah. Dia menunduk, matanya sayu memandang lantai. Mir merenung batang tubuh dihadapannya sebelum mengalih pandangan ke arah panorama taman sekolah.

“ Dia sihat abang, janganlah bimbang.”

“ Ya, yakah? Baguslah kalau macam tu.”

“ Abang pula macammana sekarang? Semuanya baik?”

“ Alhamdulillah, macam tulah. Tapi..”

“ Tapi?”

“ Sampai sekarang abang masih kesal. Kalaulah abang sempat minta maaf dengan dia..”

“ Tak apa, dia dah lama maafkan abang. Lagipun abang tak buat apa – apa salah pun sebenarnya.

“ Tapi sebab abang, Rina menderita. Semuanya salah abang!”

“ Abang…. Memang baik. Terlalu baik.”

“ Mir?”

“ Sebab abang terlalu baiklah, kak Rina ambil keputusan macam tu. Dia tak mahu abang disakiti.”

“ Mir… Boleh Mir bagitau abang kat mana Rina sekarang?”

“ Untuk apa?”

Jawapan tegas Mir itu membuatkan Izhar terdiam. Izhar faham, tak ada gunanya jika dia berjumpa Rina sekarang jika hanya untuk meminta maaf. Jika hanya untuk meminta maaf….

*************************************************************************************

“ Apa, kahwin???”

      Petang itu Izhar pulang dari kerja dengan ibunya menyambut kepulangan Izhar di muka pintu, membawa berita keputusan ayahnya untuk mengahwinkan Izhar dengan anak Dato’ Salem, rakan seperniagaan ayahnya. Izhar cuba membantah namun ayahnya tegas, tidak mahu beralah. Semuanya demi cita – cita ayahnya untuk mengembangkan empayar perniagaannya. Dalam paksa, Izhar akhirnya selamat melangsungkan perkahwinan dengan Rina, anak perempuan Dato’ Salem yang baru sahaja menamatkan pengajian di luar negara tidak lama sebelum perkahwinannya. Sewaktu malam pertama, Izhar duduk berteleku di hujung katil, mengingati wajah Aisyah yang dibasahi air mata sewaktu mendengar perkhabaran perkahwinan Izhar. Aisyah, seorang guru tadika yang lembut dan penuh budi bahasa telah menjadi cinta hatinya sejak sekian lama. Tanpa mempedulikan status dirinya seorang anak Dato’, Aisyah tulus menghulurkan cintanya pada Izhar. Hingga ke akhirnya pun, Aisyah tetap mengakhiri detik cinta mereka dengan senyuman sayu dan doa agar pelamin hidupnya bahagia hingga ke akhir hayat. Berat hatinya untuk melepaskan Aisyah pergi namun memikirkan masa depan gadis yang bakal diperisterikannya, Izhar redha, sambil mendoakan agar Aisyah bertemu jodoh yang lebih baik darinya kelak.

“ Assalamualaikum.”

Pintu diketuk, terpancul wajah Rina dari sebalik pintu, melangkah masuk ke dalam bilik.

“ Waalaikummussalam.”

Rina meghulur tangan, bersalaman sambil mencium tangan Izhar. Sedikit kaget, salaman tangan itu dibalas kekok. Rina melabuhkan punggung di kerusi meja solek, bertentangan dengan Izhar. Tidak tahu apa yang patut dilakukan, Izhar menunduk, memandang lantai. Rina ketawa kecil.

“ Izhar?”

“ Y,ya?”

“ Saya tak mahu belit – belit jadi biar saya cakap terus – terang sajalah ya?”

Izhar mengangkat muka, meminta penjelasan maksud kata – kata Rina sebentar tadi.

“ Jujur cakap, awak tak mahu kahwin dengan saya kan?”

Izhar terdiam, meneguk air liur mencari kata.

“ Tak apa, saya faham. Mak awak ada bagitau saya, katanya awak dah ada kekasih. Maaflah, sebab saya nak tahu, saya sengaja pergi tengok perempuan tu kat tempat kerja dia. Cantik, manis sangat.”

“ I,itu dulu. Kami dah putus sebelum majlis akad nikah.”

“ ….. Awak…. Masih sukakan dia?”

“………….”

“ Sebenarnya, saya tak kisah kalau awak masih nak teruskan hubungan dengan dia. Kalau awak nak kahwin dengan dia pun tak apa.”

Izhar terkejut mendengar kata – kata Rina. Dia memandang Rina tepat, bagaikan tidak percaya dengan apa yang Rina nyatakan. Rina cuma tersenyum, matanya meredup.

“ Dia seorang yang baik. Sayangnya kalau dibiar begitu sahaja kan? Lagipun, cinta awak pada dia kuat, saya dapat tengok tu, awak ikhlas. Saya kagum tengok kamu berdua. Rugi rasanya kalau hubungan yang kamu berdua bina dengan ampuh ni, runtuh macam tu sahaja. Lagipun, dah jelas kita berdua tak cintakan antara satu sama lain. Awak, memang lagi sesuai bahagia dengan dia.”

“ Rina… tapi kita…”

“ Saya faham, ibu bapa kita nak kita bersama. Tapi jujurnya saya tak sedia lagi. Yalah, saya baru saja habis belajar, bagi saya perkahwinan ni terlalu awal. Tapi sebab ayah terlalu berharap, saya setuju. Tapi saya tak dapat nak tipu diri sendiri, saya masih tak bersedia nak beri komitmen sejauh tu.”

“ oh, macam tu. Tapi saya tak rasa mak dan ayah akan setuju kalau saya nak kahwin satu lagi pun. Nak – nak pula kita baru sahaja bernikah.”

“….. 1 tahun.”

“ Ha?”

“ Kita beri mereka masa 1 tahun. Saya rasa itu dah cukup untuk puaskan hati mereka. Bila mereka tak dapat zuriat daripada kita, saya rasa mak ayah awak takkan halang hasrat awak lagi.”

“….. Awak, betul – betul tak ada masalah macam ni?”

Rina ketawa kecil.

“ Macam yang saya kata tadi, saya pun akan dapat kebebasan, cuba bersabar untuk 1 tahun je.”

“ Baiklah kalau macam tu.”

“ Baguslah. Harap awak bersabarlah ye dengan saya untuk satu tahun ni.”

“ Haha, saya jugak, sama – samalah kita.”

Dan tirai malam itu berlabuh.

*************************************************************************************
      Selama yang aku ingat, aku tak pernah tengok muka mak. Nama dia pun aku tak tau. Bila aku cuba tanya ayah, ayah senyum saja, tak cakap apa – apa. Masa aku naik darjah satu, ayah kahwin dengan ibu. Ibu baik, cantik, suka belikan aku permainan, macam – macam pulak tu. Ibu ada seorang anak perempuan tua 8 tahun dari aku, cantik juga. Dia suka senyum. Dia selalu tolong aku buat kerja sekolah. Pandai sangat. Bila aku naik darjah dua, satu hari aku balik dari sekolah, aku tengok kakak berlari masuk rumah, menjerit kegembiraan. Aku pun ikut masuk, mengintai dari pintu. Aku tengok ibu menangis, ayah pulak senyum meleret. Rupa – rupanya keputusan SPM kakak keluar, kakak lulus cemerlang. Baguslah, semua orang gembira. Semua orang gaji pun gembira. Aku tengok ibu peluk, cium kakak bertalu – talu. Lepas tu giliran ayah pula. Kakak pun balas peluk mereka. Semua orang gembira. Tapi mereka tak pernah sentuh aku. Sekali pun tak.

      Satu malam aku turun ke dapur, haus nak minum air. Masa sampai di pintu aku dengar Mak Cik Limah dengan Kak Liza orang gaji kami bercakap – cakap.

“ Eh, betul ke apa yang Mak Limah bagitau ni?”

“ Betul Liza, Mak Limah tak tipu. Mak Limah bekerja kat sini dah lama, sejak isteri pertama Dato’ ada dekat sini lagi, masa tu diorang muda, baru – baru kahwin lagi. Hubungan mereka baik – baik aja Mak Limah tengok, Dato’ layan isterinya bukan main penuh kasih sayang lagi. Tapi cik puan tu senyap, sombong sikit. Dah dekat dua tahun mereka kahwin, cik puan mengandung, bukan main gembira lagi Dato’ , sanggup pergi ke ceruk kampung mahu mencari jeruk buah pala untuk cik puan masa dia mengidam. Tapi lepas je cik Rina lahir nak dekat sebulan, cik puan tiba – tiba hilang. Puas dah Dato’ cari merata ceruk, tak jumpa. Siap buat laporan polis, pun senyap, sampai sekarang. Ada orang kata cik puan lari ikut lelaki lain ke Siam sebab Dato’ tak cintakan dia.”

“ Hish, tak kan la macam tu pulak Mak Limah. Jahat sangat ke cik puan tu?”

“ Tulah, mula – mula Mak Limah pun tak mahu percaya, tapi bila Dato’ kawin dengan Puan Rasidah tu, Mak Limah dah mula ragu – ragu. Sebab dengar katanya Puan Rasidah tu asalnya dulu kekasih Dato’ sebelum dia dipaksa kahwin dengan cik puan.”

Aku tak jadi nak masuk ke dapur. Aku dengar saja perbualan mereka dari sebalik pintu. Entah kenapa, tangan aku rasa sejuk. Menggeletar. Dada aku pun rasa sakit. Sakit betul. Aku tak pernah kenal mak, sebab mak tak mahu aku.
 
      Satu hari hujan lebat turun masa aku balik dari sekolah, kat tengah jalan tiba – tiba aja turun mencurah – curah. Tak sempat nak lari berlindung, jadi aku terus berjalan aja. Tiba – tiba aku nampak seekor anak kucing kat tepi jalan. Aku cuba cuit dia, tapi dia diam aja. Keras. Bila aku angkat, ringan betul. Sejuk betul. Aku tak tahu macam mana nak bangunkan anak kucing tu, jadi aku bawak lah ke klinik haiwan dekat – dekat situ. Dah tutup, mungkin sebab dah lewat sangat. Bila aku nak pergi, tiba – tiba seorang makcik buka pintu.

“ Kamu nak apa?”

“ Saya jumpa kucing ni, tapi saya tak tahu macammana nak bangunkan dia. Dia asyik tidur aja.”

Makcik tu pandang kucing tu lama – lama.

“ Kucing tu dah mati.”

Makcik tu suruh aku masuk, dia kata nak tanam kucing tu. Aku tanya kenapa nak tanam? Katanya tu tempat kucing tu tidur selama – lamanya. Makcik tu tinggi, rambut dia panjang tutup sebelah mata. Masa angin kuat bertiup masuk klinik, aku tengok ada parut panjang kat pipi kiri dia.

“ Kucing ni dah lama mati, agaknya ditinggalkan ibunya masa baru lahir. Dah sejuk dah pun.”

“ Jadi kucing tu mati?”

“ Mungkin macam tu.”

“ Kalau macam tu saya pun dah mati la.”

“ Kenapa kata macam tu?”

“ Sebab saya pun ditinggalkan mak masa baru lahir. Dan saya pun rasa sejuk sangat.”

Mak cik tu diam aja, tak cakap apa – apa. Dia bagi aku tuala suruh keringkan badan. Lepas hujan berhenti, kami tanam kucing tu kat luar klinik. Bila aku balik dah nak dekat malam, ayah marah betul. Ayah tanya aku ke mana, aku cakap aku berteduh dari hujan dekat kedai. Aku tipu.

      Sejak tu aku selalu pergi ke klinik tu, nak tengok kubur kucing. Kadang – kadang makcik tu suruh aku tolong dia. Sebagai balasan, dia belanja aku makan. Makcik tu selalu bersiul satu irama ni, yang aku macam pernah dengar lama dulu. Tapi aku tak ingat, jadi aku diam dan dengar saja. Satu hari tu, macam biasa makcik belanja aku makan nasi ayam, kami makan dalam klinik. Masa makan, aku perasan makcik asyik pandang aku. Tapi aku buat tak endah. Bila aku nak balik makcik tiba – tiba peluk aku kuat – kuat, cium dahi aku, suruh aku hati – hati bila berjalan. Itu kali pertama ada orang sentuh aku. Hangat, selesa. Kali pertama aku rasa macam tu. Dan kali terakhir.

      Esoknya masa aku nak cari buku yang terjatuh celah almari, aku tertarik satu diari lama yang terselit kat situ. Bila aku buka dan baca, baru aku tahu. Itu diari mak. Mak dah lama sukakan ayah, sejak kecil lagi. Masa dapat tahu dia akan kahwin dengan ayah, mak gembira sangat. Tapi bila dah kawin, baru mak tahu. Dalam hati ayah, ada orang lain. Dalam mata ayah, pandang orang lain. Dalam ingatan ayah, ingat orang lain. Tapi ayah sanggup putus kasih dengan orang tu bila dah kahwin dengan mak. Ayah seorang yang baik, mak sangat cintakan dia. Tapi ayah tak cintakan mak. Ayah tak pernah sentuh mak tapi mak tak bencikan ayah, sebab dia sangat baik pada mak. Dia berusaha jadi suami yang baik, cuba belajar cintakan mak. Tapi mak tahu, ayah tak boleh lupakan orang tu. Mak cintakan ayah, tapi kebahagiaan ayah mak tak dapat beri. Mak tahu semua tu, mak faham betul. Bila satu malam ayah tiba – tiba demam dan tak dapat kawal diri, mak gembira. Mak berharap mungkin kali ni, ayah akan pandang mak dalam matanya. Tapi bila ayah minta maaf bersungguh – sungguh esok paginya, wajah ayah menderita sangat. Ayah rasa bersalah sangat – sangat. Dari situ mak dah faham, ayah dah hilang mentari hidup dia. Mak bukan mentari dia, mak cuma bayang – bayang malam yang mengintai dari tabir, menyintai senyumannya tatkala disinari mentari hidupnya. Awal mengandung, mak batuk – batuk dan muntah darah. Dada mak sentiasa sakit. Tapi mak tak bagitahu ayah, sebab ayah sedang gembira nak dapat zuriat. Bila mak periksa doktor, doktor cakap dia ada barah paru – paru, tak dapat hidup lama. Mak senyum, mak terima. Mak minta doktor jangan bagitahu sesiapa, sebab mereka orang baik – baik. Mereka pasti sedih kalau tahu. Mak kuatkan semangat nak hidup, sampai takat mana dia boleh. Tapi bila anaknya masuk sebulan, mak dah tak dapat nak sembunyi. Mak terpaksa pergi. Sebab mereka orang baik – baik. Mak tak mahu susahkan mereka. Anak tu pun berhak hidup gembira. Sebab mak sangat pentingkan diri, biarlah anak tu benci mak pun. Mak sayangkan dia.

“ Mak bersyukur, berterima kasih sangat dapat lahir ke dunia ni. Dapat jumpa keluarga, ayah, semua orang, Rina… Mak bersyukur, berterima kasih sangat – sangat Rina lahir ke dunia ni jumpa mak. Mak sangat sayangkan Rina, cintakan Rina. Mak cintakan ayah. Terima kasih sebab beri peluang untuk mak cium tangan ayah, terima kasih… Rina, terima kasih kerana lahir bertemu mak, terima kasih. Tolonglah hidup dengan gembira.”

      Tiba – tiba aku teringat masa aku dalam buaian, mak selalu siulkan lagu untuk aku tidur. Lagu yang makcik selalu siulkan…. Baru aku tahu, makcik tu mak. Tapi dah terlambat. Bila aku pergi ke klinik, mak dah kaku depan pintu. Darah banyak keluar dari mulut mak. Aku cuba cuit mak, tapi mak diam aja. Mak dah sejuk. Mak… dah mati. Macam anak kucing tu. Tangan aku menggeletar lagi. Sejuk. Dada aku rasa sakit sangat, sakit betul. Tapi aku tak tahu kenapa.

Malam tu kecoh depan klinik tapi aku senyap – senyap keluar ikut pintu belakang. Ada orang datang uruskan mak. Pagi esoknya berita mak keluar kat TV, bila ayah tengok gambar muka ayah berkerut sekejap. Lepas tu dia biarkan. Mungkin sebab muka mak lain. Mungkin sebab nama mak lain. Mungkin sebab ayah dah lupakan mak. Tapi aku diam aja. Sebab ayah seorang yang baik. Kalau ayah tahu, ayah akan salahkan dirinya seumur hidup. Jadi biarlah ayah kekal tak tahu. Biarlah ayah kekal senyum dengan mentari dia. Mesti mak pun akan buat macam tu. Sebab mak cintakan ayah.

       Sewaktu aku menengah tinggi, sekolah aku buat lawatan ke rumah anak yatim, program sehari bersama mereka. Masa kat sana aku tengok ramai budak – budak bersorak, gembira tengok kami datang. Kecuali seorang budak perempuan. Diam saja tengok kami dari jauh. Aku cuba dekati dia, mujur dia tak lari. Bila aku tanya nama, dia tenung mata aku lama – lama. Sebab rasa kekok, aku senyum aja.

“ Kakak….”

“ Hmm?”

“ Senyum…. Atau menangis?”

Aku terdiam. Matanya… saat itu aku usap kepalanya lembut. Aku tarik nafas dalam – dalam.

“ Entahlah….. kakak pun tak tahu.”
“ Yakah?”

“ Kakak suka dengan kau.”

“ Terima kasih. Kenapa?”

“ Entahlah… Mungkin sebab mata kita sama?”

“ Mungkin juga.”

Bila aku disuruh berkahwin dengan Izhar, aku terima saja. Asal ayah gembira. Tapi bila aku lihat mereka bersama…. Akhirnya aku faham perasaan mak. Mereka.. Macam cahaya… Terang… Dan indah… Menakutkan. Bila Izhar senyum… tangan aku rasa hangat. Dada aku rasa selesa. Aku jadi tamak. Kalaulah cahaya tu milik aku…. Bila aku sedar semuanya dah terlambat, aku dah jatuh cinta pada dia. Aku mula berani berharapan. Tapi aku sedar, tak semua benda dalam dunia ni boleh berubah. Aku tahu, Izhar tak cintakan aku. Dalam hati Izhar ada orang lain, dalam mata Izhar pandang orang lain, dalam ingatan Izhar ingat orang lain. Dan aku mula faham bentuk cinta yang mak kata ni. Walaupun senyuman hati itu takkan jadi milik aku, walaupun kau bahagia gembira memberi senyuman pada orang lain selain dari aku, jika itu bermakna kau akan bahagia, aku ditelan dingin ais yang beku ini pun tak mengapa. Ini cintaku padamu. Sebab aku seorang yang tamak, sebab aku seorang yang mementingkan diri, biar hilang ditelan angin tanpa suara, aku cinta padamu, dan kenyataan itu tidak akan berubah selama - lamanya. aku doakan semoga kau bahagia. Selamat tinggal, Izhar.

*********************************************************************************

P/S : Saya ada masalah sikit dengan yang ni sebab rasa mungkin terlalu susah difahami/pelik? Mintak bagi pendapat adakah macam ni sudah okay dan teruskan atau patut saya ubah/"Melayukan" sikit agar senang difahami? (Maaf, saya baca Detektif Conan versi Melayu jadi kadang - kadang hahaha.... +_+)



Attention Please!


Salam, haha. Ni bukan la official site atau apa, cuma rasanye posting cerpen panjang di FB agak susah untuk dicari jadi mulai sekarang semua cerpen/karya saya letak di sini, kemas sikit. Jadi pada sesiapa yang sudi nak membaca cerpen - cerpen saya silakanlah, nak komen/bagi pendapat/kritikan membina lebih dialu - alukan, saya ada masalah bila nak hantar cerpen di penulisan2u jadi dah berhenti hantar ke sana (haha.)

Dan cuma nak cakap sikit, saya bukan peminat novel melayu, cuma pernah baca sikit masa sekolah menengah, saya suka anime dan manga dari jepun. Tapi saya suka menulis jadi penulisan saya banyak dipengaruhi manga jadi agak pelik sikit ceritanya. Jadi saya minta maaf terlebih dahulu kalau ada karya saya yang tidak boleh diterima oleh pembaca, saya tidak dapat memenuhi permintaan untuk karya tersebut ditukar atau sebagainya, kerana saya menulis mengikut ilham saya (haha.) Saya mengalu - alukan pembaca untuk membaca karya saya, namun jika ada penulisan yang tidak disukai anda dinasihatkan untuk tidak membacanya bagi mengelakkan timbulnya rasa tidak puas hati.

Saya juga akan menulis karya bahasa inggeris dari semasa ke semasa atas permintaan seorang rakan, namun karya tersebut tidak berdasarkan budaya masyarakat melayu (senang cakap anime/manga style) jadi jika ada di antara anda yang berminat untuk membaca karya sebegitu dipersilakan.

Dan saya juga ingin meminta bantuan jika ada di antara anda yang mempunyai kisah/idea menarik mengenai yang utamanya bagaimana seorang gadis/jejaka yang mempunyai kurang daya tarikan mendapat pasangan (pengalaman atau idea sendiri pun boleh) dipersilakan hantar ke inbox FB saya. Ataupun ada kisah hidup/idea anda sendiri tak kisahlah mengenai apa - apa sahaja (seram, cinta, hidup, etc) yang anda rasa ingin anda lihat menjadi sebuah cerita pun boleh juga inbox kepada saya. Saya akan cuba untuk menulis sebolehnya namun tidak sekerap yang anda mungkin harapkan kerana kesibukan sebagai seorang mahasiswi (engineering, ugh. =_=').

P/S : kalau ada penulisan/karya sendiri yang nak tumpang letak kat sini pun boleh inbox saya, tak kisahlah bentuk apa pun, haha.

Saturday 2 June 2012

Antologi Si Pembuli; Romantika Si Pembuli Bab 2


“ M,Mir….hic..hic..hic…”

“ Aku tak boleh nak faham kalau kau asyik menangis saja, cakaplah…”

Mir baru sahaja selesai makan tengah hari sabtu itu apabila dia mendapat sebuah panggilan antarabangsa daripada Dura. Minggu ini adalah minggu untuk para pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing – masing, namun Mir memilih untuk tinggal sahaja di asrama. Dura, rakan sebiliknya pula awal – awal lagi sudah pulang ke rumah selepas sesi persekolahan semalam, katanya bapanya menyuruh dia pulang segera kerana ada hal penting. Dan sekarang, tiba – tiba Dura menelefonnya terisak – isak, menghubunginya daripada Jepun.

“ Bukan ke kau balik rumah semalam? Kenapa dah sangkut kat Jepun pulak ni, sesat??”

“ Hic..Hic… Se,semalam, memang aku nak balik..hic..tapi, bila sampai kat luar pagar sekolah, Is datang…     Dia paksa aku masuk kereta dia… Aku tak nak tapi dia tarik aku.. Dia cakap kalau aku tak nak ikut dia, dia nak pecat abang aku dari keja kat syarikat bapak dia… Terpaksalah aku ikut..hic..hic.. Sedar – sedar aku dah ada kat sini… Mir….uh..uuu….”

Semakin kuat esakan sahabatnya itu dari hujung talian. Mir mengeluh. Tak habis – habis gelagat pasangan itu. Semenjak mereka bertunang 2 bulan yang lalu, ada sahaja yang dilakukan oleh Iskandar untuk membuatkan gadis itu marah, lantas menangis kerana terlalu geram. Sudahnya, dialah menjadi tempat Dura mengadu. Pening Mir dibuatnya dengan mereka. Dia mengerti, Is bukan sengaja mahu menyakiti hati tunangnya, namun begitulah cara jejaka itu menunjukkan rasa cintanya terhadap Dura. Dia cuma mahukan perhatian Dura tertumpu padanya, walau untuk seketika. Namun disebalik usikannya, dia amat mengambil berat akan perihal Dura, dan sentiasa berada di sisinya tatkala gadis itu memerlukan bantuan. Kerana Dura adalah seorang yang degil dan kuat semangat, dia selalu memikul segala beban sendirian, tidak mahu menyusahkan orang lain. Kerana itu, Is memaksanya, mengusiknya, membulinya..agar Dura dapat melepaskan apa yang terbuku di hatinya, biarpun cuma sedikit. Romantika seorang pembuli,huh…

“ Habis tu kau telefon aku dari mana ni?”

“ Dari telefon hotel..kami kat Osaka sekarang…”

“ Kau dengan dia je ke?”

“ Tak, kakak die dengan abang ipar die ada sekali…”

“ Habis ayah kau macam mana? Tak risau ke kau tiba – tiba hilang?”

“ Hu..Tadi aku telefon ayah aku, lepas tu dia cakap dia suruh balik sebab keluarga Is yang nak jumpa aku, kiranya kalau aku balik pun tetap akan kena ikut Is jugak, bila dia dengar aku dah ada kat sini dengan Is, kiranya dah selamatlah… Mir…”

Jadi ni semua memang Iskandar yang rancanglah ye, haha….

“ …. Is ada kat situ?”

 “ Ada…tengah berbual dengan kakak dia..”

“ Panggil dia sekejap.”

“ Ha? Kenapa?”

“ Adalah, panggil aja dia sekejap.”

“ Ok…”

Talian di hujung sana senyap seketika. Mir mengeluh. Tindakan Is kali ini memang gila, hingga Mir sudah kehilangan kata – kata untuk memujuk Dura. Sebentar kemudian, talian telefon bertukar pemanggil.

“ Ya cik Amira, ada apa?”

“….. Kau memang dah gila…”

“ Terima kasih.”

That is not a compliment. Haven’t I already told you not to make her cry again?”

“ Yes, you certainly have. But this time it is not because of her stupidity.”

“ But thanks to you now she is in a major state of extreme confusion, dumbass.”

“ Yes, just the way I like it.”

Lelaki ni….. Mir menggeleng kepala, melepaskan keluhan panjang.

“ Aku pun boleh jadi gila tau tak, layan korang. Jadi, apa yang kau nak buat dengan anak dara orang dekat sana? Honeymoon??

“ Bagusnya kalau boleh buat macam tu, tapi sayangnya belum masanya lagi. Cuma..”

“ Cuma?”

“ Dia pernah kata teringin nak berjalan di bawah hujan sakura, aku cuma tunaikan hasrat dia sahaja. Tak salah kan?”

Ah, sebab itu rupanya. Novel “ Meniti Hujan Sakura “ yang merupakan terbitan penulis yang sedang meningkat naik, Rena. Gaya penulisannya yang menarik dan olahan cerita yang teliti membuatkan novel itu disambut baik di kalangan pembaca, terutamanya pembaca remaja. Novel itu juga tidak lepas daripada menjadi fenomena di sekolahnya. Hinggakan Dura yang memang malas membaca juga sanggup bersengkang mata untuk menghabiskan novel itu yang dipinjam daripada kawannya. Dura selalu mengatakan keinginannya untuk berjalan menikmati luruhan bebunga sakura seperti yang dialami watak utama novel tersebut. Tak tersangka impiannya akan tertunai secepat itu, haha…

“ Tapi takkan sampai culik dia macam tu.. Tak boleh ke kau cakap baik – baik? Sekurang – kurangnya dia tahu kau buat ini semua untuk dia..”

No need for that, I am already enjoying myselves right now. For all the things I had gone through just to fulfill her desire, seeing her cute face had given me quite an amusement.”

“ Oh yeah, I forgot. You are after all, twisted inside.”

“ Thank you very much.”

“ That is not a compliment.”

Is tersenyum, penuh makna. Dipandangnya Dura sekilas. Menikus gadis itu tatkala mata mereka bertemu. Is menahan tawa. Teringat dia sewaktu mereka berdua baru sahaja tiba di lapangan terbang. Terkebil – kebil gadis itu pabila menjejakkan kaki buat kali pertama di negara matahari terbit itu. Is masih ingat reaksi muka Dura yang keliru bercampur takut, hilang arah di sebalik lautan manusia yang berpusu – pusu mengejar waktu. Manakan tidak, sudahlah itu pertama kali dia datang ke negara itu, malahan tanpa sebarang persediaan, dikelilingi pula ribuan individu yang berkomunikasi dengan bahasa yang langsung tidak difahami olehnya. Dura kaget, pegun dengan pengalaman baru yang mendadak. Namun bagi Is, itulah saat – saat yang paling dinantikan, kerana waktu itu Dura menjadi hak milik mutlaknya seorang. Kerana Dura langsung tidak mengenali sesiapa melainkan Is. Bahagia rasanya tatkala Dura mengikut sahaja di belakang Is, bagaikan meminta perlindungannya. Dia menurut sahaja bila dipimpin Is menyusuri laluan keluar, untuk mendapatkan teksi. Dura patuh sahaja bila disuakan makanan oleh Is sewaktu dalam perjalanan. Dia mengangguk sahaja pabila disuruh melelapkan mata sambil diselimuti jaket Is. Dan tangannya tidak lepas dari memegang hujung baju Is, bagaikan meminta pemuda itu agar sentiasa berada di sisinya. Oh, bahagianya tak terkata…

“ Oii…”

“ Ya, ada apa cik Amira?”

You are not thinking of making her cry again aren’t you?”

“ Well, that depends.”

“ Fine, suit yourself! But..”

“ But?”

“ Hurt her, and I kill you.”

“ I’ll bear that in mind.”

Kali ini Mir menepuk dahi pula…. Pening, pening betul dengan lelaki ini. Sudahnya telefon bertukar tangan lagi. Saat Dura ingin menyambut telefon bimbit yang dihulur Is, sempat pemuda itu menarik lengannya lalu berbisik, “ Aku yakin yukata sangat sesuai dengan kau, aku tak sabar – sabar nak tengok..” disertai kenyitan nakal. Dura dapat merasakan lututnya lemah, dan matanya panas bertakung. Sebaik sahaja telefon bersambut, lekas – lekas dia menjawab, nadanya bergetar.

“ Mir, tolong aku Mir…hic…hic… Apa lagi yang dia nak buat kat aku ni… “

“ Err, sabar je lah Dura, anggap je lah ini peluang bercuti yang jarang kau boleh dapat, haha…”

“ Kalau bercuti dengan dia, aku lagi rela masuk hutan tidur dengan harimau tau! Harimau pun tak kejam macam dia,hic..hic….”

“ Tapi bukan ke kau yang kata teringin nak tengok sakura, dah siap ada kat sana tu tengoklah puas – puas!”

“ Tapi aku tak nak tengok dengan raksasa gunung tu!”

“ Tapi dia nak tengok dengan kau.”

Dura terdiam.

“ Maksud kau?”

 “ Fikir sendirilah…”

“ Huh, tapi…”

“ Apa – apapun, dah alang – alang ada kat situ berseronok la puas – puas. Sekali sekala kau pun kena berehat.”

“… Ok… ah, nampaknye diorang dah nak bergerak dah tu, um,um nanti aku telefon lagi. Assalamualaikum.”

“ Waalaikummussalam.”

*************************************************************************************
      Anita menyambut tunangan adiknya dengan senyuman manis dan pelukan mesra. Terkejut benar dia apabila mendapat khabar daripada ayahnya bahawa adik bongsunya itu hendak bertunang dengan gadis pilihannya walhal mereka masih di bangku sekolah! Namun setelah melihat kesungguhan dan keikhlasan hati adiknya, akhirnya dia mengalah. Tidak tersangka dia Iskandar yang dijaganya sejak kecil, sekarang sudah mampu membuat keputusan sendiri, sanggup membebani tanggungjawab masa depannya. Ya, adiknya itu sudah cukup matang untuk mengatur langkah sendiri. Dan dari lubuk hatinya dia berkenan dengan pilihan Is tatkala melihat gadis itu buat pertama kalinya. Dura pada pandangan mata kasar biasa – biasa sahaja, tidaklah secantik para gadis yang mendamba cinta Is dahulunya. Namun ada sesuatu yang menarik perhatian Anita terhadap gadis itu. Sejuk hati Anita pabila mengamati wajahnya, manis tanpa solekan. Semasa gadis itu bersalaman dengannya, salamannya tertib, penuh adab. Tidak berpura – pura, seperti kata orang zaman sekarang tidak control ayu. Sewaktu suaminya menawarkan diri untuk membawa bagasi, Dura segera menolak, tidak mahu menyusahkan katanya. Bila Anita menegur Is mengapa tidak ditolong Dura mengakut bagasinya, Is cuma tersenyum sambil menjungkit bahu. Katanya Dura memang begitu, selagi dia mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk melakukan sesuatu, dia tidak akan meminta pertolongan orang lain. Malahan sepanjang perjalanan tidak putus – putus ucapan “ Terima kasih” dan “ Maaf” daripada Dura, tanda amat menghargai layanan Anita dan suaminya itu. Suaminya sempat berbisik, terkejut kerana pertama kali melihat gadis yang sebegitu. Anita tersenyum meleret, makin sayang pada bakal adik iparnya itu. Saat mereka berempat tiba di rumah Anita, Dura terpelangah kerana menyangka dia perlu tinggal serumah dengan Iskandar. Namun segera Anita memperbetulkan, Iskandar dan suaminya akan tinggal sementara di rumah ibu suaminya tidak jauh dari situ, sementara Anita akan tinggal bersama Dura di rumahnya. Mereka cuma akan makan tengahari sahaja di rumah Anita sebelum itu. Mendengarkan kata – kata Anita, Dura menarik nafas lega.

     Sewaktu Anita sibuk menyediakan makan tengahari, Dura menawarkan diri untuk membantu apa yang terdaya. Anita mengambil peluang itu untuk mengenali Dura dengan lebih dekat. Walaupun gadis itu agak pendiam kerana mereka baru berkenalan, Anita senang berbual dengannya kerana Dura hormat bila menutur suara, telus dengan bicaranya. Tertawa kecil Anita melihat Dura terkebil – kebil semasa dia menyediakan sajian jepun untuk suaminya. Semasa diminta Dura mencuba tempura yang telah siap dimasak, teragak – agak gadis itu untuk menjamah sajian tersebut, namun setelah dicuba, pipinya memerah dan matanya bersinar – sinar, tanda menyukai apa yang dirasai.

“ Dura ni, macam bulanlah!”

“ Ha? Kenapa? Saya tak bersinar pun!” Dura memegang mukanya, cemas.

“ Haha, bukan tulah maksud akak. Maksud akak air muka Dura ni terang – terang bagitau perasaan Dura. Jadi senang je nak bace sebab bila Dura marah, buat muka macam ni. Bila gembira buat muka macam lain pulak.”

“ Heh… Patutlah kawan – kawan saya senang je tau bila saya tengah sedih ke ape… Uh, muka saya ni senang sangat dibace ke..”

“ Yup, senang sangat! Lagi satu kan, Dura ni akak tengok senang sangat blushing! Macam budak kecik, comel sangat! Huhu!”

“ Ha…..”

“ Tengok tu, blushing lagi!”

“ Uh….”

Dari sebalik pintu Takeshi atau nama Islamnya Muhammad Asyraf Takeshi yang merupakan seorang warganegara Jepun yang beragama Islam mengintai isterinya. Ceria sekali Anita semasa berbual dengan tunangan adik iparnya. Is yang baru sahaja keluar dari bilik air menepuk bahu Takezaki dari belakang.

It’s rude to peek on women like that, onii-sama.”

“ Ah, Is. Yamete hou ga ii, sono onii – sama no koto. Itta darou, Asyraf mou ii!”

“ Eeh, datte, omae wa ore no giri no onii – san janai? I’m just being polite.”

“ More like a sarcasm to me.”

“ Souka? Gomen da.”

“ ISKANDAR!”

-          Nota penulis :
v  Onii – sama ( abang dalam bahasa yang paling hormat),
v  Yamete hou ga ii, onii – sama no koto ( Takezaki memarahi iskandar agar jangan memanggilnya dengan gelaran Onii – sama )
v  Itta darou, Asyraf mou ii! ( “ Kan dah kata, panggil Asyraf pun tak apa!”)
v  Datte, omae wa ore no giri no onii – san janai (“ Tapi, bukankah kau abang ipar aku”)
v  Souka? Gomen da (“ Yakah? Minta maaf”)
Dalam perbualan di atas, Iskandar menggunakan bahasa perbualan yang agak kasar dengan Takezaki, menunjukkan bahawa mereka berdua adalah rapat, sedangkan cuma gelaran Onii – sama sahaja digunakan dalam bahasa hormat, maka jelaslah Iskandar sedang menyindir Takezaki.
Takeshi tersenyum sambil menepuk bahu Is. Tak tersangka kenalan karibnya dari Malaysia itu sudah menjadi adik iparnya sekarang. Namun disebabkan hubungan mereka yang akrab, mereka mengekalkan cara mereka berkomunikasi seperti sebelumnya, walaupun kerap ditegur oleh keluarga mereka. Saat pertemuan mereka berlaku secara tiba – tiba, sewaktu Takeshi sedang bertugas. Dia yang merupakan seorang anggota polis yang bertugas di kawasan kejiranan tersebut, sedang mengejar seorang penyamun beg tangan apabila dia terserempak dengan Is yang kebetulan sedang lalu di situ. Penyamun itu terlanggar Is lalu kedua – dua mereka terjatuh. Sewaktu pergelutan, penyamun tersebut cuba menikam Is namun disebabkan ketangkasan Is yang mempuyai ilmu persilatan, dengan senang sahaja penyamun itu ditewaskan. Takeshi yang menyaksikan kejadian itu terpegun, dan sejak itu mereka mula bersahabat. Dan juga tanpa disangka – sangka olehnya, persahabatannya dengan pemuda Malaysia yang 8 tahun lebih muda darinya itu membawa kepada jodoh pertemuan Takeshi dengan Anita.
“ Eh, stalker???” Dura terkejut, bulat matanya memandang Anita.

“ Em, masa tu akak kena kacau dek sorang stalker, teruk sangat sampai kena lapor polis. Bayangkanlah, tiap – tiap hari akak dapat panggilan telefon tak bersuara, email kosong sejam sekali, SMS, faks kosong.. Masa tu akak memang takut sangat, dah tak tau nak buat apa. Akak cuma mampu berdoa mintak dilindungi. Mak dah bising suruh akak balik Malaysia, bimbang takut jadi apa – apa, tapi akak sayang nak tinggal kerja dekat sini. Nasib baik Is sanggup datang sini, temankan akak. Polis pulak buat rondaan kat rumah akak setiap petang dan malam. Lepas hari ketiga Is datang, semua gangguan tu berhenti terus, jadi akak ingat dah takde apa – apalah. Tapi lepas seminggu polis hentikan rondaan, akak diserang stalker tu masa nak pergi kerja. Nasib baik abang Asyraf kamu ada, selamatkan akak. Kalau tak, tak tahulah macammana akak sekarang Dura.”

“ Wah, romantiknya….”

“ Hish, takdelah, biasa aja. Abang kamu tu pemalu sangat, tak romantik pun!”

“ Tapi bagi saya macam tu lagi bagus daripada kata – kata manis tapi kejujurannya kita tak tahu. Mesti akak ni sangat penting bagi abang Asyraf sampai sanggup bahayakan diri dia untuk akak.”

“ Wah, pandai kamu bercakap ya. Jangan risau, akak yakin Is pun akan buat yang sama kalau jadi apa – apa kat kamu!”

“ Ish, akak ni, ke situ pulak!”

“ Haha, tengok tu! Blushing lagi!” Anita tergelak ceria.

*************************************************************************************
      Waktu makan mereka penuh ceria diiringi gelak ketawa Anita dan jeritan suara Dura tatkala diusik Is. Dura hampir menangis sewaktu Is memaksanya makan hidangan belut dalam masakan Jepun yang dihidangkan Anita untuk Takeshi. Bila Is mendekati Dura, cuba menyuapkan makanan tersebut ke mulut gadis itu, Dura lari bersembunyi di belakang Anita, meminta perlindungan. Anita memarahi Is, namun pemuda itu cuma tersenyum jahat, sambil mengenyit nakal pada Dura. Dalam kekecohan itu, Takeshi yang terliur melihat gulai di dalam pinggan Anita mencuri rasa namun kerana rasanya yang terlalu pedas, Takeshi menggelupur mencari air. Sudahnya, jejaka berdua itu terpaksa menahan telinga mendengar bebelan Anita selepas selesai makan.

       Seperti yang diatur sebelumnya, Takeshi dan Iskandar bertolak ke rumah ibu Takeshi selepas selesai itu. Anita mengambil peluang yang ada untuk berbual dan berkongsi cerita dengan Dura sepanjang malam. Keesokan paginya, selepas mereka siap bersarapan, Dura menawarkan diri untuk membuang sampah dan mengutip surat khabar. Sebaik sahaja dia membuka pintu, kelibat Is yang terpancul tegak di hadapannya membuatkan gadis itu terkejut hingga terduduk. Tanpa berlengah lagi, Is menarik lengan Dura tanpa sempat Dura mengelak. Dura yang masih tergamam diseret keluar, dipaksa mengikuti Is. Anita yang mendengar bunyi bising di muka pintu keluar menjenguk untuk melihat Is dan Dura hilang di sebalik pagar dan beg sampah ditinggalkan di depan pintu masuk. Anita mengeluh, menggeleng kepala mengenangkan sikap adik bongsunya itu.

      Dura yang termengah – mengah cuba mengikut langkah derapan tunangnya itu, ditarik masuk ke dalam sebuah kedai. Sebaik sahaja kakinya menapak di lantai kedai, Dura tergamam. Kedai apa ni?? Matanya meliar melihat sekeliling. Deretan pakaian – pakaian aneh rapi tersusun, sedia untuk dijual. Is hanya tersenyum penuh makna, memandang Dura. Dura makin kaget.

“ Is… Awak bawak saya datang mana ni…” Suara Dura jelas menggeletar.

“ Kedai jual bajulah, mana lagi?”

“ Is! Saya tanya betul – betul ni!”

“ Betul la apa aku cakap, mane yang salahnye? Kan baju yang tergantung kt situ tu..”

“ T,tapi…itu kan baju…”

“ Betul,baju jururawat!”

Tiba – tiba sahaja seorang gadis muda keluar dari bilik kakitangan, mencelah perbualan mereka. Menyapa Is ramah seterusnya menghampiri Dura, mengamati mukanya lama – lama. Dura gelisah diperlakukan sebegitu. Is yang tidak senang dengan perbuatan gadis itu menarik Dura menjauhi gadis tersebut.

“ Jaga sikit jarak kau tu, Mari.”

“ Aa, gomen. Aku lupa kau seorang yang kuat cemburu Is! Masakan tidak, gadismu sangat kawaii!
v  Gomen : maaf
v  Kawaii : comel
Dura terkebil – kebil mendengar perbualan Is dan gadis yang dipanggil Mari itu tanpa dapat bersuara. Tiba – tiba terasa hujung bajunya ditarik –tarik sesuatu, lantas dia memandang ke belakangnya. Seorang budak perempuan kecil, dalam lingkungan umur 6 tahun memandangnya dengan mata yang bersinar. Comelnya!, bisik hati Dura. Dengan memakai gaun putih yang beropol, ditambah dengan rambutnya yang panjang diikat tocang, dan topi kecil tersemat sebagai hiasan, persis anak patung, comel sekali. Budak perempuan itu menghulurkan sebuah origami ros kecil kepada Dura, yang menyambutnya dengan senyuman penuh kegembiraan. Dipeluknya gadis itu kemas, mendukungnya dengan cermat. Tanpa Dura sedari Is yang berpaling mencari kelibatnya memandang budak itu dengan muka merah padam, tanda cemburu. Budak kecil itu tersenyum menyindir,menjelirkan lidah kepada Is. Mari ketawa melihatkan mereka. Dia lantas mendekati Dura.

“ Maaf sebab lewat kenalkan diri. Saya Mari, Asakura Mari. Selamat datang ke Sweep, kedai rangkaian pembekal special costume design yang terbesar di Jepun! Dan kedai ini adalah main branch bagi Sweep!”

“ Tak,tak apa. Saya Adura Seri Intan. Panggil aja Dura. Kedai special… costume design? Maaf, tapi apa tu?

Ara, Is tak pernah beritahu Dura kah?”

“ Beritahu… apa?”

“ Fufu, someone’s being shy here…” Mari tersenyum meleret sambil menjeling ke arah Is yang pantas memasamkan muka. Dura termanggu – manggu, keliru.

“ Seperti yang Dura dapat tengok, kedai ni menjual barangan yang ditempah khas. Macam uniform jururawat tu, itu bukan uniform yang biasa, tapi uniform yang khas. Biasanya pelanggan kami terdiri daripada cosplayer ataupun café – café yang menyediakan perkhidmatan pelayan beruniform!”

“ Oh… menarik ya…”

“ Haha, mungkin agak janggal di Malaysia tapi di sini ramai orang yang suka pakaian begini! Selain daripada pelanggan tetap, kami juga menerima tempahan daripada ibu bapa untuk anak mereka gayakan semasa birthday party, syarikat – syarikat yang menyambut acara – acara istimewa, malah sekolah – sekolah yang menganjurkan cosplay café  atau maid café semasa sambutan tahunan sekolah juga menyewa daripada kami tau! Produk kami adalah yang paling berkualiti di Jepun!”

Budak perempuan dalam dukungan Dura menarik – narik hujung tudung Dura, meminta perhatian.

“ Ah, Rika! Yamete! Shitsure da yo!” Mari memarahi Rika dek perlakuan kurang sopannya itu. Namun Dura tersenyum tenang, membelai rambut Rika lembut.

v  Yamete! Shitsure da yo! : Berhenti! Tak sopan berkelakuan begitu!

“ Maaf, Rika biadap dengan Dura. Dia amat dimanjai staf – staf di sini, jadi perangainya sedikit…”

“ Tak apa, saya tak ada apa – apa pun. Jadi….. Rika ni adik Mari ke?”

“ Ah, tidak. Rika adalah imej kebanggaan branch ini! Dura tak perasan poster di pintu depan semasa masuk tadi? Rikalah modelnya!”

“ I,imej? Budak ni? Model? Bukankan dia masih muda?? Tak salahkah buat macam tu??”

“ Tak apa, kami sudah dapat kebenaran penjaganya!”

“ Eeh….”

Jaa, dah cukuplah kita berbual! Jadi Dura, bolehlah salin pakaian sekarang!”

“ Eh?? Salin pakaian? Kenapa?”

Ara, Is tak beritahu apa – apakah?”

“ Beritahu apa???”

Mari mengeluh, dipandangnya Is sambil menggeleng – geleng kepala. Dura memandang Is dan Mari silih berganti, meminta penjelasan. Is pula seperti biasa, memandang Dura dengan senyuman jahatnya….

*************************************************************************************
“ TAK NAKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

“ Maafkan saya Dura tapi ini arahan Is, saya perlu ikut…”

“ Tak nak! Saya tak nak!! Kenapa saya kena pakai pakaian tu?? Tak nak!!!”

Dura berlari keluar daripada bilik persalinan. Rupa – rupanya ada udang disebalik batu! Tujuan Is mengheretnya ke kedai itu, tak lain tak bukan adalah untuk memaksanya menggayakan semua pakaian yang telah ditempah khas oleh Is untuknya! Bagaikan mahu tercabut nyawanya melihatkan barisan costume ninja, jururawat, maid-type kimono, gaun lollita, polis wanita, doktor, malah ada juga telinga kucing. TELINGA KUCING! DIA DAH GILA! DIA DAH BETUL – BETUL GILA! Dalam amarahnya yang sudah mencapai tahap maksima, Dura menghentakkan kaki, menuju ke arah Is. Mencekak pinggang dengan muka yang merah padam. Matanya mencerlung tajam ke arah Is yang duduk di kerusi.

“ Is! Kali ni awak dah betul – betul melampau! Apa maksud awak saya kena pakai semua tu! Dah la awak paksa saya datang sini, sekarang awak buat macam ni pulak! Tak cukup lagi ke awak main – mainkan saya???”

“ Bila masa pulak aku main – mainkan kau?”

“ Habis kenapa awak nak saya pakai baju – baju mengarut tu??”

“ Jadi kau tak nak pakai?”

“ JANGAN HARAP!!!!!”

“ Baiklah, suka hati kau. Tapi…”

Is mengeluarkan sesuatu dari poketnya, melayang – layangkannya di depan muka Dura. Benda tu.. Pa, Pasport aku! Muka Dura terus berubah pucat. Is merenung muka tunangnya seraya tersenyum kemenangan.

“ Kalau kau tak nak ikut cakap aku, aku tak jamin benda ni akan selamat dalam simpanan aku. Mana tau, tiba – tiba hilang tengah jalan, siapa tahu kan??”

Dura kehilangan kata – kata. Tubuhnya menggeletar. Dia cuba merampas pasport yang berada di tangan jejaka itu, namun tidak berjaya. Sudahnya lengannya yang berjaya ditangkap Is kemas. Is memandang nakal Dura yang meronta – ronta minta dilepaskan. Is menarik Dura mendekatinya, berbisik tajam.

“ Sekarang kau nak pakai atau tak nak?”

Air mata Dura bergenang. Sambil menggigit bibir, Dura mengangguk lemah. Dia dilepaskan. Lemah sahaja langkah Dura menuju kembali ke bilik persalinan. Mari yang menyaksikan semua itu menggeleng kepala, ketawa kecil.

“ Janganlah ketawa Mari.. Tak kelakar pun…”

“ Ah, maaf. Bukan niat saya mahu mengetawakan Dura. Em, Dia memang selalu begitukah dengan Dura?”

“ Dia tu, Dia tu… Betul! Dia tu macam raksasa yang dalam cerita Ultraman tu! Kejam! Moyang segala raksasa!! Argh, kenapalah ada manusia macam dia kat muka bumi ni!!!”

Mari senak menekan perut menahan ketawa. Rika yang turut berada di situ memeluk Dura, bagaikan mahu memujuknya. Dura membalas pelukan Rika, erat. Nasib baik Mari ada, pandai berbahasa Melayu di situ. Jika tidak tentu makin teruk dia dipermainkan Is.

“ Tapi sebetulnya terkejut saya, tak sangka rupanya Iskandar boleh berkelakuan sebegitu..”

“ Maksud Mari?”

“ Di kalangan staf – staf kami, dia seorang bos yang berkaliber… Kerana pengurusan dia yang bijak rangkaian Sweep berkembang dengan amat baik… Tapi bagaimana ya? Walaupun dia melayan kami semua sama rata, bergaul mesra tapi pada masa yang sama tetap mengekalkan satu jarak dengan kami.. Tak keterlaluan rasanya kalau nak kata dia tu susah didekati. Tapi dengan Dura dia sangat berbeza… Dia lebih terbuka..”

“ Eh?? Taklah, dia tu 24 jam asyik nak membuli! Agaknya kalau sehari tak mainkan saya mesti dia dapat tekanan emosi! Eh, nanti dulu… BOS????”

Ara, Dura tak tahukah?? Iskandar tu adalah pengasas Sweep, merangkap bos kami! Pada awal perniagaan Sweep menggunakan rekaan asal Is yang menarik perhatian ramai pelanggan dan syarikat – syarikat besar yang bersetuju membiayai perniagaan kami tau! Malah Is pernah mendapat anugerah kerana rekaannya yang unik dan berkualiti tinggi!”

“ Ha???? Tapi, tapi dia budak sekolah, baru tingkatan 4!”

“ Sebab itulah dia dapat gelaran pereka genius. Rekaan yang dihasilkan untuk melayakkan dia dapat anugerah tu dibuat semasa dia berumur 14 tahun tau!”

“ 14 tahun? 14 TAHUN?!” Mata Dura terbeliak, dia meneguk air liur. Iskandar? Raksasa hutan simpan yang hidup dengan menyeksa orang tu? Genius?? Dura hilang kata – kata.

“ Satu lagi, pakaian yang Dura akan pakai hari ni semua yang khas dijahit Is sendiri tahu!” Mari mengenyit mata terhadap Dura, penuh makna. Dura tersentak. Khas untuk aku?

Saat mahu mengenakan solekan, meronta – ronta Dura tak mahu disolek. Naik kecut perutnya melihat barisan alat solek yang menggunung di atas meja, apatah lagi saat mahu melentikkan bulu matanya. Mari terpaksa memujuknya bersungguh – sungguh, meyakinkannya bahawa proses itu tidak akan menyakiti matanya. Sampaikan Rika juga terpaksa menenangkan Dura yang ketakutan. Hampir sejam berperang di meja menyolek, barulah selesai segalanya. Is yang hilang sabar hampir sahaja mahu menceroboh masuk, tidak tahan menunggu berejam lamanya. Namun sebaik sahaja Dura menapak keluar mendepani Is, Is tergamam. Hilang segala rasa marah, diganti dengan kekeluan lidahnya. Dura yang gelisah ditenung sebegitu, menundukkan wajahnya. Pipinya merah, malu. Sementara Mari dan Rika berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum, puas dengan hasil tangan mereka.

*************************************************************************************
“ AWAK MEMANG KEJAM….”

Dura menggigit bibir, matanya bertakung air mata. Dia memandang Is yang tenang menikmati hidangan selepas selesai urusan mereka di kedai Sweep sebentar tadi.

“ Kejam macam mana pulak?” Is mengangkat kening, pura – pura tidak mengerti maksud Dura.

“ Awak jangan nak buat tak tau pulak! KENAPA AWAK AMBIL GAMBAR SAYA BERPAKAIAN MACAM TU TADI???”

Suara Dura separuh menjerit. Mana tidaknya, tidak cukup dipaksa menggayakan pelbagai costume, Dura turut disuruh menggayakan pakaian – pakaian tersebut di hadapan kamera. Jika dia tidak menurut, pasportnya bakal menjadi taruhan. Mahu tak mahu terpaksalah Dura menurut arahan Is, walaupun kakinya menggeletar dan dia hampir menghamburkan air mata saat lensa kamera menangkap imejnya. Malunya tak terkata, namun Dura terpaksa akur jika mahu pulang semula ke Malaysia dengan selamat. Setelah selesai, akhirnya Dura disuruh memakai yukata berwarna ungu lembut yang dibeli khas oleh Iskandar untuknya. Hampir mahu tercabut rasanya nyawa Dura saat memakai obi yang sangat – sangat ketat. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Mari dan Rika, mereka menuju ke sebuah restoran keluarga berdekatan situ untuk makan tengah hari. Pertama kali memakai pakaian tradisi negara matahari tersebut, Dura merasakan pergerakannya sangat – sangat terbatas. Hampir sahaja dia tersadung dan terjatuh beberapa kali, hinggakan dia terpaksa memegang lengan Is. Dia mengaku maruahnya rasa tercabar saat Is memandangnya sambil tersenyum sinis namun dia tiada pilihan, cuma mampu berpaling muka ke arah lain, mengharapkan mereka cepat sampai ke tempat tujuan.
v  Yukata : salah satu jenis kimono namun hanya mempunyai satu lapisan dan diperbuat dari fabrik kapas. Jauh lebih murah dari kimono asal yang mempunyai banyak lapisan dan diperbuat dari kain sutera. Harga kimono asal juga jauh lebih mahal.
v  Obi : tali pengikat yukata yang dipakai pada pinggang si pemakai.

“ Kenapa, kau tak suka?” Is menghirup kopinya selamba.

Muka aku nampak macam suka ke??? Dura menggenggam sudu dan garfu di tangannya erat – erat, geramnya tidak terperi. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dibaling apa yang ada di atas meja ke arah muka pemuda itu. Dia paksa aku buat itu ini, boleh lagi dibantainya buat muka seposen, arghhhhh!!!! Bengang dengan tunangnya yang tidak memberi sebarang reaksi, Dura sengaja memesan pelbagai jenis hidangan mahal yang dia sendiri tidak pernah makan, untuk membalas dendam terhadap Is. Is pula, cuma memerhatikan Dura yang terkial – kial cuba menikmati hidangannya, sambil rimas menyinsing lengan yukatanya yang panjang meleret, sambil ketawa kecil. Dalam diam – diam hatinya terasa bahagia berbunga menikmati saat – saat manis berdua itu. Dura yang menyedari perlakuannya diperhatikan Is,mencebikkan muka sambil mengunyah makanan.

“ Apa??” Kata Dura garang, tidak senang dengan renungan Is. Bibirnya muncung, matanya tajam memandang Is. Namun Is senyum sahaja, cuba menahan tawa melihat wajah Dura. Marah betul gadis itu padanya. Menggunakan sehelai tisu, dia mengesat cebisan makanan di bibir Dura. Tergamam Dura dengan tindakan Is. Badannya terasa seperti terkena renjatan elektrik saat Is menyentuhnya. Suapannya terhenti.

“ Kau ni nama saja remaja, makan kalah budak kecik!” Is tersenyum menyindir. Muka Dura merah menyala, matanya terbeliak. Malu betul dia.

“ Ma,mana ada! Makanan ni yang susah nak telan!” Kata Dura perlahan sambil menundukkan wajahnya yang terasa panas membahang. Terasa garfu yang dipegangnya bergetar. Dia mencuri pandang ke arah Is. Teringat kata – kata Mari waktu di kedai. Pada umur 14 tahun Is sudah menempa nama dalam bidang rekaan, tapi personalitinya agak dingin dengan orang di sekelilingnya… Betul ke?? Dengan aku bukan main lagi jahatnya, satu hari tak menyakitkan hati aku tak sah!

“ Awak… Tak pernah cakap pulak kedai tu awak punya..” Dura menggumam perlahan. Is memandangnya, mengangkat kening.

“ Kalau aku beritahu pun kau nak buat apa?”

“ Takdelah… Tapi ape salahnye bagitahu kan…”

“ Ok, sekarang kau dah tahu, jadi macam mana?”

“ Ma,macam mana apa? Macam tulah.”

Is ketawa kecil, memandang tepat ke arah Dura. Dura meneguk air liur.Apahal pulak mamat ni?

“ Kau tahu, biasanya kalau orang dengar aku ni anak orang kaya, pandai, handsome, terkenal orang mesti laju je nak berbaik dengan aku tahu.”
Hampir tersedak Dura mendengar kata – kata Is. Amboi, angkat bakul sendiri nampak.

“ Tapi kau… lain… Ingat tak kali pertama kita jumpa? Kau tengking aku sebab tak susun balik buku kat perpustakaan.”

“ Yelah, sapa yang tak marah, orang dah penat – penat susun awak senang – senang sepahkan.”

“ Dan bila kau tahu aku siapa, muka kau sikit pun tak berubah.”

“ Memanglah, ketua pelajar sekolah pun tak reti susun buku ke? Kawan – kawan awak tu pun satu, awak yang salah kan, kenapa saya pulak yang dihamun? Salah sendiri, kenalah mengaku, tak kira la awak ketua pelajar ke, anak raja ke, masuk kubur nanti kain sekeping jugak!”

Dura mencebik. Terasa sebal hatinya mengingati peristiwa di perpustakaan sekolah. Kecoh kerana perbuatan Dura menegur Is yang tidak mengemaskan balik buku yang diambil. Pengikut – pengikut setia Is pula memarahinya kerana tidak sedar diri, cuba menegur ketua pelajar. Ceh, kalau dah dasar kaki bodek tu, bodek jugalah! Namun Dura tetap dengan pendiriannya, baginya tidak kira miskin atau kaya, cantik atau tidak, yang salah tetap salah, kita semua manusia, sama di sisi Nya. Itulah ajaran ayahnya yang tersemat kukuh di hati Dura. Is tergelak kecil.

“ Haha, kau memang pelik. Selama ni aku dah jumpa banyak perempuan, tapi tak pernah satu pun yang macam kau. “

“ MAAFLAH SAYA PELIK…”

Is tergelak lagi. Dura menarik muka, habis sayur di dalam pinggan hancur dicincang garfu. Wajahnya masam mencuka.

“ Tapi sebab kau peliklah aku jatuh cinta dengan kau.”

BUHHH!!! Air yang diteguk Dura tersembur keluar. Terbatuk – batuk dia. Matanya terbeliak, terkejut bukan kepalang. Gelagatnya menarik perhatian semua pelanggan di dalam kedai tersebut. Seorang pelayan kedai datang menghulurkan sapu tangan, membantu mengelap meja yang basah. Muka Dura merah padam, tanda malu yang amat sangat. Is yang dari tadi memerhatikan reaksi Dura sudah tidak mampu menahan ketawa. Ditekan perut, pemuda itu tergelak besar. Dura menggigit bibir, mencebik.

*************************************************************************************
Selepas selesai makan, Dura ditarik menuju ke destinasi seterusnya dengan berjalan kaki. Terpaksalah Dura memaut lengan Is lagi. Is pula, sengaja tidak mahu mengambil teksi, kerana tidak mahu melepaskan peluang itu. Sepanjang perjalanan mata Dura tidak lekang memandang sekeliling, kagum dan kaget melihat suasana serba baru, gerai – gerai menjual barangan yang tidak pernah dilihatnya di Malaysia, pemandangan semulajadi yang cukup mempesonakan. Is mencuri pandang ke arah Dura dengan hujung matanya.

Sampai di destinasi mereka, sekali lagi Dura tergamam. Kawasan taman yang dipenuhi pohon sakura menggamit mata yang memandang untuk menikmati keindahannya. Nun di sana, kelihatan Anita melambai dari bawah sepohon pokok sakura, siap dengan persediaan untuk Hanami. Saat Is memimpin tangan Dura melalui pepohon sakura, tiupan angin yang lembut sepoi – sepoi bahasa membawa turun hujan bebunga sakura yang cukup indah, cukup mempesonakan. Dura terpaku di situ. Sehelai kelopak bunga jatuh di atas kepala Dura yang bertudung litup. Perlahan, Is menyapunya. Dura tersentak, lantas dia berpaling. Mata mereka bertemu. Renungan mata Is yang redup, membuatkan jantung Dura tiba – tiba berdegup kencang. Dia segera menunduk, mukanya terasa membahang panas. Kenapa dengan aku ni??
v  Hanami : budaya masyarakat di Jepun menikmati keindahan bunga sakura mekar sambil berkelah di kawasan pepohon sakura bersama keluarga, rakan – rakan atau rakan sekerja.
Tiba – tiba, Iskandar memberhentikan langkahnya. Dura yang sedang mengelamun dan tidak sedar akan tindakan pemuda itu, terlanggar bahunya.

“ Aduh! Kenapa tiba – tiba berhenti ni??” Gumam Dura sambil memegang hidungnya yang sakit akibat terlanggar bahu Is. Keras betul!

Is berpaling menghadap Dura. Riak wajahnya serius sekali. Dura meneguk air liur.

“ A, ape?” Dura bersuara, takut – takut.

Agak lama Is mendiamkan diri sebelum memulakan bicara,

“ Kau dengar kan apa yang aku cakap kat dalam kedai tadi?”

Dura terkebil – kebil,

“ ? Yang mana??”

Is mengeluh, lantas menarik nafas sedalamnya. Dura masih terkebil – kebil, bingung dengan kelakuan Is.

“ Sekarang dengar baik – baik. Kau je satu – satunya perempuan yang aku cakap benda ni.”

“ Apenye??”

“ AKU CINTAKAN KAU. Dan aku nak jadikan kau isteri aku bila sampai masanya nanti, aku tak main – main.”

Dura tergamam. Kata – kata Is kedengarannya begitu tegas, riak mukanya serius. Mata pemuda itu menikam tepat ke dalam anak matanya. Habisnya Dura yang tertunduk malu. Mereka berdua diam membisu tanpa bahasa. Tiupan sepoi – sepoi angin lembut menampar muka, membawa jatuh kuntuman sakura yang mekar. Namun kelembutannya tidak mampu menenangkan debaran hati Dura yang menggila. Dup dap…dup dap…dup dap… Anehnya gelora itu adalah gelora yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Satu perasaan yang tak mampu digambarkan dengan kata – kata. Kenapa dengan aku ni?? Namun, saat dia mendongak memandang wajah pemuda itu…. Ah…. Dia sudah mendapat jawapannya… Lelaki di depannya ini mementingkan diri, suka membulinya dan menyakiti hatinya. Namun lelaki ini jugalah yang memenangi hatinya….

Saat mereka meneruskan langkah ke tempat di mana Anita berada, Is mencuri pandang ke arah Dura yang menuruti dari belakang, sambil memegang hujung bajunya. Gadis itu tunduk sahaja memandang tanah dengan muka merah padam. Is tersenyum bahagia…

*************************************************************************************
“ Tapi bukan biasenya orang akan tanya dulu ke yang perempuan tu suka kat dia ke tak lepas luahkan perasaan? Macam yang dalam komik tu?”

Semasa mereka sedang mengemas barang di rumah Anita sebelum bertolak ke lapangan terbang, Dura mengutarakan soalan. Malam sebelumnya sempat dia membelek buku – buku komik yang dimiliki Anita yang sememangnya kaki komik dan salah satu yang dibacanya merupakan kisah cinta. Is yang ketika itu sedang mengangkat beg untuk dimuatkan ke dalam kereta di luar rumah, tertawa kecil.

“ Apa??” ujur Dura, tidak puas hati dengan reaksi Iskandar.

Sambil menyambung kerjanya yang terhenti, Is menjawab dengan nada selamba,

“ Kau kan memang aku punya, buat apa nak tanya, buang masa je! Kalau kau sukakan orang lain pun aku rampas sajalah balik! Hentikanlah imiginasi tahap budak tadika kau tu!”

Terbeliak mata Dura mendengar jawapan pemuda itu yang disertai dengan ketawa besar. Kerana terlalu geram, tanpa berfikir panjang Dura menanggalkan sebelah sandal yang dipakainya lalu dibaling ke arah kepala Is. Namun pemuda itu dengan mudah mengelak balingan itu tanpa perlu memandang ke belakang. Sudahnya dahi Takeshi yang menjadi mangsa. Dia baru sahaja membuka pintu untuk memanggil mereka keluar apabila sandal Dura hinggap tepat di dahinya. Kecoh jadinya dengan Dura yang kalut memohon maaf terhadap Takeshi, sementara Iskandar hanya memerhatikan Takeshi yang masih pening – pening lalat sambil ketawa terbahak – bahak. Sudahnya Anita yang datang menjenguk, hairan dengan hingar – bingar di dalam rumah.

Dura mengetap bibir, mukanya merah padam. Matanya menjengil merenung Is yang masih berbaki tawanya. Is pula seperti biasa cuma tersengih kambing, sambil mengenyit mata terhadap tunangnya itu.

*************************************************************************************
“ Ish, mana pulak perginya ni?? Pagi tadi ada kat sini??”

Habis diselongkarnya semua almari dan rak, masih tak berjumpa. Bilik exco bersepah dengan timbunan kertas dan buku – buku di sana – sini gara – gara Is. Muka pemuda itu berkerut, cuba mengingat di mana tempat sebenar dia menyimpan gambar – gambar Dura semasa di Jepun, hartanya yang paling berharga.

Sementara itu, kelihatan kelibat seseorang menapak tenang meninggalkan bangunan sekolah sambil membelek – belek sesuatu dalam pegangannya.

“ Haish, nak membuli pun ada hadnya…..” Mir mengeluh, menggeleng – geleng kepala saat melihat gambar – gambar tersebut. Telinga kucing? Ada – ada sajalah mereka ni…….