“APA?!!!!!!!!!”
Dura tergamam.
Lelahnya mendaki tangga ke tingkat tiga hilang. Matanya membulat, mulutnya
ternganga. Matanya terasa panas membahang.
“Kau tak faham
bahasa melayu ke kau memang tuli? Aku kata minit mesyuarat untuk perjumpaan
exco hari tu dah hilang. Cikgu Wahid nak tengok pukul 3 nanti. Jadi kau kena
buat baliklah. Pukul dua atas meja aku.”
Lelaki itu
memberi arahan mandatori tanpa langsung memandang mukanya. Sabar.. sabar..
Kalau bukan sebab dia ketua pelajar sekolah ni, dah lama aku lemaskan dia dalam
kolam ikan penuh berlumut tu, sabar..Dura menarik nafas panjang, cuba mengawal
emosinya.
“Tapi sekarang
dah pukul 1.30, lagipun saya belum habis lagi kumpul laporan cadangan aktiviti
hari kebudayaan dari pelajar tingkatan 5. Tak boleh ke bagi masa lebih sikit?”
Lelaki itu
memalingkan mukanya. Dura meneguk air liur. Dia ni nama saja muka handsome tapi masam memanjang. Nak
senyum pun kedekut.
“Cik Adura Seri Intan Binti Kamal Ariffin,
sekarang ni siapa ketua? Aku kata aku nak minit mesyuarat tu atas meja aku
pukul 2, maknanya aku nak benda tu atas meja aku pukul 2. Kau kan setiausaha,
itu dah memang kerja kau. Jadi jangan banyak cakap, buat sajalah.”
Titik . Nampaknya memang tak ada peluang nak
berunding langsung. Dura mengetap gigi, aku setiausaha saja, bukan hamba abdi
kau! Sudahlah kerja aku dua kali ganda lebih banyak daripada ahli jawatankuasa
yang lain, setiap kali aku siapkan kerja ada saja yang tak kena. Hilanglah,
lupa letak manalah, silaplah… Tadi pun aku seorang terpaksa pusing satu sekolah
kumpul laporan, bukan nak tolong ke apa! Dari pagi tadi sampai sekarang tak
sempat nak makan. Tak ada perikemanusiaan betul!
“Yang kau
berdiri macam orang bodoh kat depan pintu tu kenapa? Buatlah kerja!”
“Ya..”
Dura menjawab
acuh tak acuh. Langkahnya longlai dek kerana lapar dan keletihan. Dari hujung
matanya Iskandar melirik pandangan kearah gadis itu. Belakang uniformnya basah
bermandi peluh. Iskandar tersenyum.
*************************************************************************************
“Baiklah, kalau
ada apa-apa lagi saya akan beritahu kemudian. Jadi setakat ni ada lagi perkara
lain yang awak nak laporkan?”
“Setakat ni tak
ada apa-apa. Persiapan untuk hari kebudayaan pun berjalan lancar cikgu.”
Wahid merenung
wajah Iskandar lama.
“Ada apa-apa
yang tak kena dengan muka saya ke cikgu?”
Iskandar
tersenyum, membalas kerlingan Wahid. Cikgu muda itu mengeluh.
“Kau jangan nak
kelentong aku lah Is, aku ni abang kau. Kau buli budak tu lagi kan?”
“Apa yang abang
cakap ni, saya tak fahamlah. Buli? Siapa yang saya buli?”
Iskandar masih
lagi tersenyum tenang. Wahid mengangkat kening.
“Budak mana
lagi..si Adura tu lah. Setiap kali kau senyum macam tu, mesti kau dah buat
sesuatu kat budak tu kan? Mengaku jelah.”
“Oh, abang ni
hebatlah, boleh baca muka orang, haha.”
“Haha kepala
otak kau! Huh, kalau aku larang pun hati batu kau tu bukan nak ikut. Cuma
beringat sikit, anak dara orang tu kau jangan buat main-main. Nanti tak
pasal-pasal menjawab dengan mak bapak dia..”
“Saya cuma suruh
dia buat kerja saja, bukan saya buat benda tak senonoh dekat dia. Jangan risau
cikgu. Jadi kalau tak ada apa-apa lagi saya pergi dulu cikgu.”
“Ya..”
Iskandar memberi
salam sebelum berlalu pergi. Wahid menggeleng kepala, pening dengan perangai
adik bongsunya itu. Dia tidak pernah menyangka Iskandar akan bertindak sebegitu.
Semuanya sejak dia bertemu gadis itu..
*************************************************************************************
“Haa……….”
Langkah Dura
longlai, lambat-lambat menuju ke katil. Sampai saja dia terus rebah, tenaganya
sudah habis. Mir, rakan sebiliknya mengikuti langkah Dura dengan ekor matanya.
“Lambat balik?”
“Si raksasa tu
suruh aku buat balik minit mesyuarat yang hilang last minute. Dah la bagi masa semput- semput je, separuh mati aku
taip balik benda alah tu. Takde hati perut betul. Monyet gunung, ayam pancit
tak sedar diri, ARGHH!!”
Mir tertawa
kecil. Sudah sedia maklum kebencian menggunung sahabatnya itu terhadap ketua
pelajar sekolah mereka.
“Kalau kau
memang benci sangat dengan dia kenapa kau jadi setiausaha exco tertinggi? Padan
muka..”
“Bukan aku yang
nak! Dia yang pilih semua ahli, dasar gila kuasa! Aku dah cuba tolak, tapi
kalau aku tak nak jawatan tu, 10 peratus merit aku lesap. 10 PERATUS! Kejam,
hantu langsuir, katak buncit! Aku nak bunuh dia!!!”
Dura
menumbuk-numbuk batal, melepaskan geram. Mir menggeleng, malas hendak melayan
Dura. Dia meneruskan bacaannya yang terganggu. Setelah puas mengamuk, Dura
memeluk pula bantalnya. Kali ini giliran dia pula memerhatikan Mir.
“..Kau baca buku
apa?”
“Sherlock
Holmes.”
“Siapa tu?”
“Cis kau ni,
kalau tak tahu jangan kacaulah!”
“Hmph!”
Suasana kembali
sepi. Mir memang begitu, tak banyak bercakap. Berbanding Dura dan rakan-rakan
sebaya yang lain, Mir lebih matang. Malah dia sangat cemerlang dalam pelajaran.
Walaupun dia masuk ke sekolah itu lewat berbanding rakan-rakan yang lain,
sewaktu tingkatan 3, dia merampas tempat pertama dalam tingkatan dengan mudah.
Iskandar yang sebelum ini sentiasa memegang tempat teratas pun terpaksa tunduk
kepadanya.
Sewaktu
mengetahui dia sebilik dengan Mir
sewaktu baru memasuki tingkatan empat, Dura sempat meneguk air liur. Dia tidak
tahu bagaimana hendak berkawan dengan pelajar elit sebegitu. Kerana dia sedia
maklum dirinya tidak sehebat mana, tempat puluh-puluh sahaja setiap kali
peperiksaan. Mujurlah Mir tidak berperangai sebagaimana pelajar-pelajar cerdik
yang lain, dia melayan setiap rakan-rakannya tanpa beza. Malah dia amat menjaga
Dura, membantunya dalam pelajaran dan masalah lain. Mir seorang yang baik hati
dan bersahaja, mungkin sebab itu dia popular di kalangan teman-teman.
*************************************************************************************
Mir menutup
bukunya. Dia berpaling memandang Dura yang terlelap. Wajah gadis itu jelas
menunjukkan dia kepenatan. Mir menarik nafas panjang. Perlahan dia bangun,
meletakkan bacaannya di atas rak, lantas menuju ke katil Dura yang bertentangan
arah dengan katilnya. Dia mengalihkan beg Dura ke atas meja dan menanggalkan
tudung Dura untuknya. Menyelimuti Dura separas pinggang. Mir melabuhkan
punggung di sisi rakannya itu. Mir membuang pandangan ke luar tingkap.
Dia teringat reaksi ragu-ragu Dura sewaktu
kali pertama mereka masing-masing memperkenalkan diri sebagai teman sebilik.
Gadis itu kelihatan cemas, takut-takut membalas salaman tangannya. Mir hampir
tertawa waktu itu. Dia dapat memahami mengapa gadis itu bersikap sedemikian.
Sekolah itu mempunyai jurang perbezaan yang besar antara taraf pelajar
cemerlang dan dan pelajar yang berpencapaian kurang memuaskan. Dari segi
bilangan serta pencapaian para pelajar cemerlang adalah membanggakan, namun
bilangan pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar bermasalah juga
membimbangkan. Disebabkan itu bagi pelajar bertaraf elit, mereka diasingkan
daripada kelas pelajar biasa dan diberi keistimewaan dari pelbagai segi.
Walaupun begitu, hal tersebut tidak
memberikan apa-apa impresi kepada Mir. Kebetulan sewaktu kemasukannya
peperiksaan bulanan baru bermula. Dia menjawab soalan sewaktu peperiksaan
secara acuh tak acuh dan tanpa persediaan. Tidak tersangka pula Mir dia telah meragut tempat pertama daripada
Iskandar, dan secara tiba-tiba dia menjadi tumpuan pelajar lain.
“Emm..”
Mir membetulkan
selimut Dura yang terlurut. Gadis itu seorang yang ceria dan bertenaga,walaupun
kasar, sama sekali berlainan dengannya. Setiap kali pulang dari kelas ada
sahaja yang diceritakan gadis itu kepadanya. Tidak hairanlah Dura ramai kawan.
Tidak dinafikan dia agak perlahan dalam pelajaran, namun Dura kuat berusaha.
Dia juga bertanggungjawab, melaksanakan tugas yang diberikan padanya tanpa
banyak soal tidak kira seberat mana pun tugas itu. Hasilnya, setiap kali
selesai urusannya dia terjelepuk di katil.
“…Sebab tu lah
kau ni lembab macam lembu…”
*************************************************************************************
“Dura, ketua
pelajar panggil kau.”
Dura tersedak.
Suapan nasi lemaknya terhenti. Apa lagi raksasa tu nak..
“Ada apa dia
panggil aku Lia?”
“Entah, mana aku
tahu. Kau pergi tanyalah sendiri.”
Mana aku tahu
nenek engkau!! Apa guna kau jadi penolong ketua pelajar ha?!! Dasar pemalas!!
Dura mengetap gigi. Ada lagi la kerja aku tu..
*************************************************************************************
“….Ha?!”
“Aku nak kau
ukur keluasan padang sekolah tu dan tandakan tempat bersesuaian untuk setiap
gerai ikut pelan ni. Dua hari kemudian aku nak tengok.”
Dihadapan
matanya tersedia pelan lengkap tapak gerai setiap kelas untuk hari kebudayaan
nanti, yang akan dibina di atas padang sekolah. Padang sekolah…
“Maaf tapi
kenapa SAYA yang kena buat?”
“Sebab aku yang
suruh.”
Dia dah gila.
Mesti sebab tekanan sebagai seorang ketua pelajar terlalu besar. Mesti dia dah
tak tahan. Mesti. TAPI KENAPA AKU YANG KENA?!!!!!!
“Takkan tak ada
orang yang khas untuk tugas ni kan? Saya cuma setiausaha saja..”
“Sebab kau
setiausaha la aku suruh kau. Kau yang sediakan pelan ni, jadi kau yang paling
tahu apa nak buat.”
Aku buat pun
sebab kau yang paksa jahanam.. Dura meneguk air liur, cuba mencari alasan.
“Tapi saya masih
ada urusan lain lagi untuk persediaan hari tu..”
“Yang tu kau
boleh buat kemudian. Selesaikan yang ni dulu.”
“Takkan saya
seorang?”
“Yang lain ada
kerja masing-masing. Hei, yang kau ni banyak tanya kenapa? Buat sajalah apa
yang aku suruh!”
Dura kehilangan
kata-kata. Kakinya terasa lemah. Matanya panas, tapi ditahan sedaya mungkin.
“Baiklah..”
Dura baru sahaja
melepasi koridor untuk ke tangga apabila dia teringat bukunya yang dibawa
bersama tadi tertinggal di bilik exco. Sewaktu sampai di depan pintu, Dura
terdengar suara Iskandar dan Lia sedang bercakap-cakap.
“Is, nanti boleh
tak awak suruh Dura susun dan taipkan nama-nama peserta acara hari kebudayaan
tu nanti?”
“Sekarang ni dia
ada tugas lain, bukan ke itu tugas awak? Ada apa-apa masalah ke?”
“Ala, saya dah
penat kumpul semua senarai nama ni, tangan saya dah sakit-sakit dah. Ala,
takpe. Dia kan setiausaha, lagipun dia rajin. Boleh la Is, please?”
“…Hmm, ok. Nanti
saya suruh dia buat, tak apa. Kalau sakit tangan tu pergilah jumpa doktor.
Nanti takut terseliuh ke apa.”
“Ok, terima
kasih Is! Awak ni baiklah! Bertuah tau sekolah kita ni dapat ketua macam awak!”
Zap!! Hati Dura
terasa bagai ditusuk pisau. Aku disuruh buat kerja separuh mati, ditengking,
beraku-kau.. tak pernah walau secalit senyuman pun diberi.. Tapi dengan orang
lain, dengan perempuan tu lembut saja bahasanya, sampaikan kerja dia pun aku
disuruh buat..
Dura melangkah, berlalu pergi tanpa mengambil
balik bukunya. Langkahnya longlai, hatinya hancur luluh. Tanpa disedari, air
mata yang selama ini ditahan, laju mengalir keluar..
*************************************************************************************
“Kau nak pergi
mana?”
Mir hairan
melihat Dura hari itu, senyap. Tidak kecoh seperti biasa. Dia begitu
tergesa-gesa solat dan menyalin pakaian selepas mandi, walhal mereka baru
sahaja selesai kelas terakhir untuk hari itu. Bagaikan ada hal penting sedang
menantinya.
“Eh? Ah, aku ada
kerja kat sekolah. Mungkin sampai ke malam, kau makan la dulu, tak payah tunggu
aku.”
“Kerja? Kau tak
makan ke? Lagipun macam nak hujan ni, kau nak pergi juga? Tak boleh tunggu esok
ke?”
“Ah, umm. Kena
siapkan hari ni juga. Tak apa, aku makan di kantin sekolah nanti. Eh, dah lewat
ni, pergi dulu ya?”
Tergesa-gesa
Dura meninggalkan bilik. Mir menghantarnya dengan pandangan mata. Sebaik sahaja
rakannya itu hilang dari pandangan, Mir mengeluh.
*************************************************************************************
Hujan turun
dengan lebat petang itu. Penat menaip, Is mengambil nafas dan menggeliat,
merenggangkan urat bahunya yang terasa tegang. Menggigil tubuhnya dengan
kedinginan air-cond sedangkan hujan
begitu lebat di luar. Sewaktu jejaka itu bangun hendak menutup suis air-cond, dia terlanggar sesuatu hingga
jatuh ke atas lantai. Dia mengutipnya kembali. Buku? Tertera nama Adura Seri
Intan di atasnya. Bila masa? Jangan-jangan.. Iskandar lantas menuju ke tingkap,
yang mengadap terus ke padang sekolah. Dia meninjau, mencari-cari kelibat yang
diharapkan berada di situ. Tiba-tiba, matanya tertancap ke satu sudut padang.
Nun jauh di sudut penjuru padang, kelihatan susuk yang cukup dikenalinya
terbongkok-bongkok, kebasahan di dalam hujan yang menggila..
“Perempuan ni..”
Tanpa berlengah,
Is berlari keluar dari bilik exco, menuju ke padang.
*************************************************************************************
Dura meraup
mukanya yang dibasahi air hujan. Seluruh tubuhnya lencun. Namun dia tetap
meneruskan kerjanya mengukur seluruh padang itu walaupun semakin sukar dek
hujan yang menggila. Matanya mulai terasa kabur, tangannya sejuk. Perutnya juga
terasa menyucuk dek kelaparan. Dari pagi Dura belum menjamah makanan, tadi juga
dia terus datang ke padang untuk memulakan tugasnya. Namun dia tidak peduli,
yang pasti dia mahu menyelesaikan tugasnya secepat mungkin. Sewaktu berundur
untuk mengukur, kakinya terpelecok. Buk!! Mukanya tersembam ke tanah padang.
Sewaktu mengangkat muka, sepasang kaki berdiri di hadapannya. Dura mendongak.
Iskandar.
“..Apa yang kau
buat ni?!”
“Saya tengah
mengukur padang ni, selepas ni saya akan tandakan kawasan mula dari sana.”
“Aku bukan tanya
tu! Apa yang kau buat tengah hujan lebat ni ha?! Kau dah gila ke?! Kan aku beri
masa dua hari, esok pun boleh buat, bodoh! Dah, jom aku hantar kau balik!”
Dura memandang
kosong ke arah jejaka itu. Sewaktu is memegang lengannya, menyuruh dia bangun,
Dura menempis. Is tergamam.
“…Tak apa, saya
nak siapkan hari ni juga. Lagipun esok saya kena siapkan semua kerja saya yang
tertangguh, termasuk senarai nama peserta hari kebudayaan tu nanti..”
“Hoi, yang tu..”
“Tak apa, saya
akan siapkan semua kerja saya sebelum hari kebudayaan.”
“Hei, dengar
dulu apa aku nak cakap..”
“.. Dan bila
hari kebudayaan selesai..saya.. nak letak jawatan.”
“A,apa?”
Is terpempan
mendengar kenyataan gadis itu. Letak jawatan? Dura membisu, menyambung balik
kerjanya yang terganggu. Hujan turun semakin lebat.
“…Mari balik..”
Dura menggeleng,
meyambung kerjanya tanpa mengendahkan jejaka itu.
“Aku kata mari
balik!”
Is merentap
tangan Dura kasar, memaksanya bangun. Gadis itu menyeringai kesakitan, cuba
meloloskan tangannya.
“Sakitlah!
Tolong lepaskan tangan saya!”
“Jangan nak
melawan, bangun!”
Wajah Is garang.
Marah benar jejaka itu. Dura mengetap bibir. Apa lagi yang dia nak?!
“Lepaskan tangan
saya!”
“Bangun!”
“Tak nak!
Lepaskan tangan saya!”
“Diam! Aku kata
bangun!”
“Tak nak!!
Lepaslah!!!”
PANG!! Satu
tamparan hinggap di pipi Is. Gadis itu sudah hilang sabar, nafasnya turun naik.
Berjejeran air mata turun membasahi pipinya, bersama-sama butiran hujan. Dia
sudah tidak peduli. Hatinya sudah hancur.
“Apa lagi yang
kau nak ha?!! Semua kerja aku dah buat, apa kau suruh aku siapkan, kau nak apa
lagi?!! Tak cukup lagi ke kau mainkan aku, pijak kepala aku?!! Seronok sangat
ke ha kau buat aku macam ni? Apa salah aku dengan kau?!! Apa yang dah aku buat
pada kau?!! Aku ni menyampah sangat ke kat mata kau? Meluat sangat ke kau
dengan aku? Benci sangat ke dengan aku ni?!! Baiklah, kalau macam tu aku minta
maaf banyak-banyak!! Aku tak ada niat pun nak kacau kau, ok?!! Aku akan buat
semua kerja aku, dan lepas ni kau tak payah dah tengok muka ni lagi!! Jadi
tolong, lepaskan aku!!”
Tanpa dapat
ditahan lagi, Dura meluahkan segala isi hati yang terbuku di dadanya sekuat
hati. Suaranya serak, matanya merah. Dadanya berombak kencang. Biarlah apa nak
jadi, jadilah. Is diam membatu.
“..Diamlah.. kau
ingat kau siapa? Senang-senang je nak letak jawatan, kau ingat kau boleh lepas
macam tu je ke?”
“Haa? Apa, apa
kau cakap ni?!”
Is merenung
gadis itu, tajam. Dura meneguk air liur. Ingin dilawan kata-kata Is, tapi sinar
dingin mata Is mematikan semangatnya. Berlainan benar is hari itu, sikapnya
membuatkan Dura kecut perut. Tanpa berkata apa-apa lagi, Is menarik tangan
gadis itu, memaksanya mengikut langkah Is. Dura cuba melawan, tetapi kekuatan
Is bukan tandingannya. Dura diheret masuk ke dalam bangunan sekolah, ke bilik
exco tertinggi. Hujan masih turun mencurah-curah. Dari jauh, kelihatan sesusuk
tubuh memerhatikan gegalat mereka berdua..
*************************************************************************************
Is menarik
lengan Dura kasar, membiarkan gadis itu terhempas ke atas sofa. Dura mengaduh
kesakitan, punggungnya terasa sengal.
“Apa kau buat
ni?!!”
Dura terperanjat
tatkala Is merapati tubuhnya, memerangkap Dura di sofa. Dura cuba menolak wajah
pemuda itu yang mula merapati mukanya, namun kedua-dua belah tangannya erat
dipegang kemas oleh Is. Is memandang tepat ke dalam anak mata Dura, gadis itu
menggeletar ketakutan. Dura memalingkan wajahnya yang terlalu hampir dengan
wajah jejaka itu, namun pemuda itu rakus memegang rahangnya, memaksa mata
mereka bertentangan.
“A,apa yang kau
nak..ja,jangan..”
Getaran suara
Dura jelas didengari, air matanya semakin laju menodai pipi.. Terhenjut-henjut
bahu gadis itu menahan esak tangisnya. Melihat gadis itu yang ketakutan, Is
tersenyum.
“Kau takut?”
Gadis itu
menjawab dengan sedu tangisan,
“Hic..hic..
kenapa kau buat aku..hic..macam ni..hic..hic..apa salah aku..hic..”
Is dapat
merasakan tangan gadis yang digenggam erat menggeletar, penuh ketakutan.
“Kau degil
sangat..kau buat aku marah..kau ni nakal sangat..”
Suara dingin Is
berbisik di telinganya. Dura terasa seluruh tubuhnya lemah.
“Kau nak letak
jawatan ke nanti?”
“Kan aku dah
kata!..”
Genggaman tangan
Is bertambah erat. Tubuh Dura dihimpit, rapat ke sofa. Dagu Dura diangkat, mata
mereka bertentangan,tepat-tepat.
“Kau nak letak
jawatan ke nanti?!”
Suara Is tenang,
tetapi begitu dingin, berbaur ancaman. Dura sudah hilang kekuatan untuk melawan
lagi..
“Jadi?”
Is tersenyum,
namun penuh kejahatan bagaikan serigala lapar. Dura tidak mampu lagi
mempertahankan semangatnya..
“T..tak.. nak..”
“Oh, betul ni?”
Dura mengangguk
laju. Air matanya keluar mencurah-curah.
“Lain kali
jangan sebut pun pasal hal ni lagi, ok?”
Sekali lagi Dura
mengangguk, laju. Is masih tersenyum, genggamannya dileraikan. Dia bangun dari
sofa. Sebaik sahaja Dura bebas, dia merengkot di hujung sofa, masih dengan
sedunya. Is memandang gadis itu lama, penuh erti.
Is mengambil
sapu tangan dari dalam laci meja berdekatan lalu kembali menghampiri gadis itu.
Dura tersentak, cuba menjauhinya namun jejaka itu terlebih dahulu
memerangkapnya. Dura tidak mampu lari, hanya cuba menahan sedunya yang masih
berbaki. Perlahan, Is mengelap wajah Dura yang kebasahan hujan dan air mata.
Kini wajahnya berbeza sekali, sinar matanya penuh kelembutan menatap gadis itu.
Dikesatnya butir-butir air mata Dura penuh hati-hati. Tanpa disedari, Dura
kembali tenang dilayan sebegitu, tangannya sudah berhenti menggeletar. Sentuhan
Is lembut dan hangat, sesuatu yang tidak pernah dirasainya daripada jejaka itu
sebelum ini. Dan matanya tertutup perlahan-lahan, dia tertidur di bahu Is.
“Kau memang
melampau kali ni..”
Is berpaling
mencari arah suara itu. Berdiri dengan lencun kebasahan di depan pintu, Mir
memandang Is dingin. Is tersenyum.
“Kau nampak
semuanya?”
“Dari awal
hingga akhir.”
“Kau pun
melampau, tak tolong kawan kau yang menangis tersedu-sedu.”
Mir mengeluh.
“Kalau aku buat
macam tu pun bukannya akan habis kat situ saja kan?”
Mereka saling
berpandangan, penuh erti. Sinar mata Mir juga dingin, jejaka itu mengangkat
bahu tanda mengalah.
“Kau memang
cerdik, cik Amira Huzairi. Aku mengaku kalah. Memang tak boleh nak sembunyikan
apa-apa pun daripada kau ya?”
“Aku terima
pujian kau. Tapi aku tak gembira dengan tindakan kau. Tak boleh ke kau bertindak
normal ha?”
Is ketawa kecil. Tidak menyangka terdapat
orang yang mengetahui rahsianya dengan sekali pandang. Selama ini dia berlakon
dengan cukup baik, hinggalah gadis itu datang ke sekolah mereka. Rakan paling
kuat, dan musuh yang paling ketat.
“Sebab dialah
aku tak boleh bertindak normal..”
“Heh, tak guna
kau cakap kalau empunya badan tak dengar..”
“Aku tak
bercadang nak bagitau apa-apa hinggalah aku betul-betul dapat genggam dia dalam
tangan aku..”
“Tapi keadaan
dah berubah kan?”
“Oh, jadi kau
tau?”
“Kali pertama
kau hilang kawalan macam tu, tentunya dia dah cakap sesuatu yang mengejutkan
kan? Dia akan mula bencikan kau..”
“Aku tak kisah.
Aku akan pastikan dia kejap dalam genggaman aku sampai tak mampu lagi nak lari
ke mana-mana..”
Mir mengeluh.
Lelaki yang pelik. Kali pertama aku jumpa lelaki yang begitu taksub dengan
gadisnya. Mir bukan tidak kesian dengan Dura, namun dalam pertimbangannya elok
jika dia tidak masuk campur. Kali pertama dia melihat Is dia dapat menangkap
maksud renungan jejaka itu terhadap Dura. Dia sukakan gadis itu..terlalu
menyukainya..
“Fine, I’ll let you of the hook this time,
but if again you made her cry not because of her stupidity, you’ll know what
pain means.”
Amaran Mir
kedengarannya keras. Is menabik, faham dengan ancaman itu.
“Roger that.”
*************************************************************************************
Dura membuka
matanya. Kat mana ni? Bilik? Bila aku balik bilik ni? Terpisat – pisat gadis
itu bangun berteleku di atas katil, cuba mengingati apa yang berlaku
sebelumnya. Peristiwa di padang sekolah melintas di fikirannya, Dura tersentap.
Teringat keterlanjurannya. Aku tampar dia….HABISLAH!!!!!!
“ Apa yang ko
membebel sorang-sorang tu?”
Dura berpaling.
Kelihatan Mir yang baru selesai mandi melangkah masuk ke dalam bilik.
“ Mir..”
“Ye,akulah. Tak
kan kambing pulak..”
“ Macam mana aku
boleh sampai bilik?”
“ ….Ape kau
merepek ni,ko balik sendiri la..”
Malas mahu
melayan Dura yang masih mamai, Mir menyibukkan diri. Tak mahu dia memanjangkan
cerita, silap- silap dia terheret sama dalam kisah mereka. Buat masa sekarang
dia mengambil keputusan untuk menjadi pemerhati sahaja, mahu juga dia lihat
sejauh mana lelaki itu sanggup bertindak.
Dura yang
ditinggalkan sendirian, masih terkebil-kebil di atas katil.
*************************************************************************************
Peluh
dingin memercik ke dahi Dura. Kakinya beku di depan bilik exco. Seperti
jangkaannya, sebaik sahaja loceng rehat berbunyi, dia dipanggil ke bilik exco
oleh Iskandar. Jika biasanya dia datang dengan kemarahan membuak-buak, kali ini
perutnya kecut, sedia maklum akan kelancangan tindakannya semalam. Hatinya
resah, berdebar memikirkan nasibnya nanti. Tatkala Is bersuara mengarahkan dia
masuk, jantungnya terasa seperti hampir gugur.
Iskandar merenung kelibat gadisnya yang
menikus, menunduk memandang lantai. Hampir dia tergelak tapi sempat ditahan.
Inilah kali pertama dia dapat melihat gadis itu begitu senyap di hadapannya,
kerana pada kebiasaannya gadis itu garang, ada sahaja katanya cuba dilawan.
Semasa Is bangun dan cuba mendekatinya, Dura tersentap, segera mengundur. Namun
Is lebih pantas, memerangkap Dura di depan pintu.
“
A..apa awak nak…”
Terketar-
ketar Dura mengucap kata.
“ Kau
rasa kenapa?”
Tajam
sahaja pandangan Is, bagai mahu menelan Dura.
“
Sss,saya minta maaf pasal semalam…ssaya tahun saya dah melampau….”
“ Apa
yang kau dah buat semalam?”
Dura
meneguk air liur, nampaknya Is sedang mengujinya, Dura tak akan terlepas dengan
mudah.
“
Sss,saya..berkasar dengan a,awak..”
“
Berkasar?”
“ Is,
tolonglah, saya minta maaf..”
“
Macam mana aku nak maafkan kalau aku tak tahu apa yang salah?”
“ Saya
tampar awak, dan kurang ajar dengan awak…”
“ Itu
saja?”
“ Apa
lagi…apa lagi yang awak nak…”
Air
mata sudah mula bertakung di kelopak matanya, Dura menunduk memandang lantai.
Tak sanggup rasanya mahu bertentang mata dengan pemuda itu. Setitis, air mata
menitik.
“
Tolonglah, saya minta maaf…saya tahu saya salah. Saya akan letak jawatan kalau
tu yang awak nak, apa saja yang awak nak. Cukuplah, tolong maafkan saya..”
“…Apa
sahaja yang aku nak?”
Dura
mengangguk, perlahan. Bibir Is mengukir senyuman, penuh makna. Dia menyua
telefon bimbit yang terpasang ke muka Dura.
“
Cakap ‘Saya setuju’ sekarang.”
“ Ha?”
“
Cakap ajelah jangan banyak songeh.”
“…Saya
setuju…”
Iskandar
tersenyum kemenangan, Dura terkebil- kebil. Is kembali bercakap dengan
telefonnya.
“
Abang dah dengar kan kan?”
Suara
dari hujung sana mengeluh.
“ Kau
ni Is…”
Selesai
Is bercakap, dia menghulurkan telefon bimbitnya kepada Dura, menyuruh dia
bercakap. Dura, masih dalam kekeliruan menyambut telefon. Kedengaran suara yang
amat-amat dikenalinya..
“ Ayah
cuma nak cakap ayah tak kisah asalkan kau bahagia nak. Kalau ini yang kau
pilih, ayah restu.”
“
Ha??” Dura terkebil-kebil dengan mulut ternganga. Is hampir ketawa melihatkan
Dura tapi ditahan.
Kemudian
adik perempuannya pula mengambil giliran bercakap.
“ Wah,
kakak ni hebat betul! Mane kakak rembat mamat tu haa?? Hensem gile~~~”
“Ha???
Mamat mane ni Sya??”
“ Ala,
tunang kakak la! Dalam gambar sikit punye hensem, orang betul dia mesti lagi
hensem kan kak?? Ee, kakak ni pandai betul, sempat lagi ekk… Dah la kaya,hehe.
Bapak die datang merisik tadi dengan Benz tau! Jelesnye saye!!”
Hampir
gugur jantung Dura mendengar kata-kata adiknya… Tu,tunang?! Dura memandang ke
arah Is, meminta penjelasan. Pipinya merah, matanya berkaca. Is cuma tersenyum
nakal sambil mengenyit mata.
“ Kan kau
yang kata sanggup buat apa- apa je?”
Dura
hilang kata- kata.
OMG !!
ReplyDeleteMy favourite type of story :)
LOVE IT !!!!!!!!!! <3